Posts

Showing posts from January, 2017

Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak lupa ada orang Malaysia tidak boleh masuk ke Sabah dan Sarawak

Image
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi kata Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak berkata langkah tersebut dibuat secara menyeluruh tanpa mengira sama ada mereka ini pengganas atau tidak. Apapun tindakan dan keputusan Amerika, itu adalah hak Amerika yang perlu dihormati oleh semua orang termasuk Profesor Datuk Seri Dr Mustafa Ishak. Tidak pelik jika Amerika menghalang orang tertentu daripada memasuki negaranya untuk tujuan keselamatan negaranya. Untuk rekod, di Malaysia sendiri, Sabah dan Sarawak menghalang individu tertentu dari Malaya daripada memasuki kedua-dua negeri itu untuk tujuan keselamatan dan ketenteraman awam. Apa jenayah yang mereka lakukan? Apa bangunan yang mereka letupkan? Jika tindakan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak itu satu bersifat disk

Dari pemandu bas kilang bergelar jutawan

Image
Beliau merupakan seorang wanita yang cekal. Ernayanee Nur Julaimi tidak akan melupakan tahun 2009 yang menyebabkan dia melarikan diri daripada keluarga kerana hutang keliling pinggang. Berpisah dengan keluarga bukan kerana tidak mahu lagi dengan keluarganya tetapi tidak mahu menyusahkan keluarga menanggung hutangnya. Rakan serumah juga tidak pernah tahu akan kesusahan yang ditanggungnya. Dalam melangsaikan hutang, beliau melakukan pelbagai pekerjaan. Pernah membawa bas kilang di Kuala Lumpur dan sebagai penyanyi dangdut di majlis-majlis kahwin. Kisah hutangnya kerana minatnya dalam bisnes online. Namun kesilapan besarnya tidak tahu pemasaran secara online. Sebab itu beliau banyak mengalami kerugian. Namun setahun selepas itu beliau bangkit dari kejatuhan apabila belajar daripada beberapa individu antaranya sifu Jamal yang juga merupakan usahawan ebook online. Panduan perniagaan yang betul telah membolehkan beliau terus maju dalam perniagaannya. Kini beliau bergelar jutawan

Kisah Kee Sue Hana Menjadikan Media Sosial Jadi Tempat Mengutuk Sekolah

Image
Perbuatan segelintir pihak menjadikan media sosial seperti facebook untuk meluahkan kemarahan dan menghentam pihak lain kini semakin menjadi tranding. Mungkin insan yang suka menjadikan media sosial untuk meluahkan kemarahannya berasa puas hati apatah lagi apabila mendapat sokongan daripada kawan-kawan melalui ruangan komen. Dari Tawau ke seluruh Sabah, Baru-baru ini adakisahnya menerima viral screenshoot yang memaparkan ayat-ayat menghentam salah sebuah sekolah rendah di Tawau. Pemilik akaun facebook Sue HaNa menyatakan begitu jengkel berurusan dengan pihak sekolah tersebut tanpa menyatakan urusan yang dilakukan di sekolah berkenaan. Dia menyatakan bahawa dia sudah berulang kali datang ke sekolah berkenaan tetapi masalahnya tidak selesai. Tidak dinyatakan individu yang dimaksudkan melainkan hanya menyebut nama sekolah tersebut. Sementara itu suami Sue HaNa menulis di ruang komen menyatakan kipas dan lampu tidak dimatikan walaupun pegawai tidak berada dalam pejabat. Adakisahny