Posts

Showing posts from February, 2016

Maut terkena bom semasa disaman polis

Image
IBARAT seperti sudah dijemput ajal, begitulah Rico Hermawan yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan Thamrin di Jakarta,‎ Khamis lepas. Beberapa saat sebelum berlaku serangan bom dan senjata api itu, Rico sebenarnya ditahan polis dan disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas di tempat kejadian atas kesalahan  membawa motosikal melawan arus. Ketika kejadian, Rico, 21, membawa sepupu perempuannya bernama Anggun Kartikasari, 24, untuk menghadiri temu duga di bangunan berhampiran dan ketika sedang disaman polis, berlaku letupan di pondok polis di Jalan M.H Thamrin yang meragut nyawanya. Rico maut di tempat kejadian kerana terkena letupan manakala Anggun dan polis terlibat parah akibat terkena serpihan bom dan dilaporkan masih dirawat di hospital. Menurut seorang saudara Rico yang dikenali sebagai Didi, beliau mengetahui cerita mengenai kejadian yang menimpa Rico itu setelah melawat Anggun di hospital yang telah boleh bercakap tetapi masih lemah dan trauma. R

Callistus Fernandez cuba merogol gadis Ranau?

Ini dia kisah seorang gadis di Ranau yang hampir dirogol oleh keling. Keling dalam erti kata orang tempatan bermaksud hitam. Kisah gadis Ranau yang hampir dirogol si keling ini sudah dikongsikan oleh rakan-rakan di media sosial namun sehingga kini tidak ada tangkapan dilakukan kerana dikatakan keling itu sangat berpengaruh Ini kenyataan mangsa si keling Saya ingin berkongsikan keadaan hal yang sebenar yang sedang menimpa pada diri saya dan ingin memohon sokongan moral dan juga khidmat guaman bagi kes saya ini. Saya telah membuat laporan Polis di Balai Polis Ranau tentang hal yang sebenar. Ingin juga saya kongsikan draf laporan Ranau yang telah disediakan untuk dilaporkan kepada Balai Polis dan laporan rasmi yang telah direkodkan oleh pihak Polis pada 5 Februari 2016. Berikut adalah Draf Laporan untuk rujukan anda semua: Saya Hurny Johumin ingin membuat laporan polis tentang gangguan psikologi dan ancaman seksual yang melibatkan keselamatan diri saya yang dilakukan oleh bekas ma

Ditinggalkan kekasih kerana keluarga sajikan hidangan sederhana

Seorang wanita berusia 27 tahun bertindak memutuskan hubungan dan meninggalkan teman lelakinya apabila dihidangkan sajian bertaraf sederhana bagi sambutan Tahun Baharu Cina. Wanita tersebut yang berasal daripada golongan berada telah bersama dengan teman lelakinya lebih setahun yang lalu. Meskipun hubungan mendapat tentangan daripada kedua belah pihak, pasangan tersebut masih meneruskan perhubungan dan berhadap semua akan menjadi lebih baik sekiranya mereka sudah berkahwin. Keluarga wanita itu bimbang lelaki itu tidak mampu menyediakan tempat tinggal untuk anak mereka sebaik sahaja mereka berkahwin. Lelaki itu yang berasal daripada keluarga miskin, membawa pulang teman wanitanya buat pertama kali ke kampungnya. Mereka berdua merancang untuk bertemu dengan keluarga pihak lelaki buat kali pertama. Keadaan yang berjalan lancar bertukar dingin sebaik sahaja wanita itu tiba dirumah keluarga lelaki itu dan duduk di meja makan untuk menikmati hidangan Tahun Baharu Cina. Difahamk