Posts

Showing posts from May, 2016

Sejarah Sarawak Rangers (1862 – 1963 )

Pesuruhjaya British di Malaya iaitu Sir Gerald Templer pernah menggelar pasukan Sarawak Ranger sebagai Pasukan Terbaik Di Dunia dan untuk mana-mana pasukan tentera yang pernah berkhidmat sewaktu zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu suatu waktu dahulu memanggil mereka “The Sarawak Headhunter”. Ketika Presiden Sukarno, presiden Indonesia suatu ketika dahulu pernah berkata di dalam satu ucapannya ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa. Ramai yang bercerai dari badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”. Inilah antara kata-kata yang pernah merujuk kepada Sarawak Rangers iaitu satu pasukan separa tentera yang begitu gah dengan kepakaran mereka menjejaki musuh serta keberanian mereka yang tiada tolok bandingnya sehinggakan Sarawak Rangers dulu, kini dan selamanya tetap menjadi kebanggaan Bangsa Sarawak. Pasukan yang terkenal dengan moto “Agik Idup Agik Ngelaban” inilah yang akan menjadi artikel i