Callistus Fernandez cuba merogol gadis Ranau?

Ini dia kisah seorang gadis di Ranau yang hampir dirogol oleh keling. Keling dalam erti kata orang tempatan bermaksud hitam. Kisah gadis Ranau yang hampir dirogol si keling ini sudah dikongsikan oleh rakan-rakan di media sosial namun sehingga kini tidak ada tangkapan dilakukan kerana dikatakan keling itu sangat berpengaruh

Ini kenyataan mangsa si keling

Saya ingin berkongsikan keadaan hal yang sebenar yang sedang menimpa pada diri saya dan ingin memohon sokongan moral dan juga khidmat guaman bagi kes saya ini. Saya telah membuat laporan Polis di Balai Polis Ranau tentang hal yang sebenar. Ingin juga saya kongsikan draf laporan Ranau yang telah disediakan untuk dilaporkan kepada Balai Polis dan laporan rasmi yang telah direkodkan oleh pihak Polis pada 5 Februari 2016.

Berikut adalah Draf Laporan untuk rujukan anda semua:

Saya Hurny Johumin ingin membuat laporan polis tentang gangguan psikologi dan ancaman seksual yang melibatkan keselamatan diri saya yang dilakukan oleh bekas majikan saya dari Firma Fernandez and Fernandez Consultant yang bernama Callistus Fernandez dan berbangsa India Malaya. Bekas majikan saya ini yang merupakan Juruperunding Perdana Menteri Malaysia telah merampas telefon peribadi saya termasuk simcard pada bulan September 2015. Dia juga telah mencerobohi akaun facebook peribadi dan email saya malah telah menukarkan hak pemilikan nombor telefon maxis saya yang bernombor 012-8799406 kepadanya. Dia telah mengugut saya dan memfitnah kononnya saya bersubahat dengan SSKM melalui perbualan yang terdapat didalam inbox Facebook saya yang telah dicerobohinya yang mana bagi saya itu hanyalah perbualan biasa untuk memahami SSKM kerana sifat ingin tahu saya tentang sesuatu perkara. Pada minggu lepas, bertarikh 28 Januari 2016, Jam sekitar 4-5pm dan berlokasikan di Beverly Hill Penampang, dia telah memaksa saya untuk berjumpa dengannya dengan ugutan untuk menghancurkan keluarga saya. Dalam perjumpaan itu saya telah dipaksa untuk menulis satu surat mengikut kata-kata yang dikeluarkan darinya sendiri dan yang lebih teruk lagi, dia telah memaksa saya untuk membuat kenyataan didalam video mengikut kenyataan didalam surat tersebut. Saya mahu menegaskan disini yang kenyataan bersurat dan rakaman video yang telah dibuat pada waktu itu adalah dilakukan tanpa kerelaan kerana dipaksa dan diugut malah diancam keselamatan diri dan keluarga saya. Saya tidak mampu berfikir dengan waras, matang kerana berada didalam keadaan ketakutan. Laporan Polis ini dibuat adalah untuk menafikan segala kenyataan yang dibuat pada surat mahupun video tersebut. Saya juga tidak ada mengambil apa-apa data sulit yang dimiliki oleh firma perunding tersebut dan tidak ada didalam simpanan saya seperti mana yang didakwa olehnya kerana kedatangan saya bersama dengan tunang dan adik saya (3 orang) ke pejabat firma pada 27 Januari 2016, jam 11pm adalah atas arahannya untuk membersihkan meja saya sebelum jam 10 pagi keesokannya. Segala dakwaan yang dibuat olehnya adalah satu fitnah semata-mata dan tidak mempunyai asas serta bukti. Perbuatan yang dilakukan olehnya ini adalah disebabkan oleh keengganan saya untuk menjalinkan hubungan dengannya sebagai kekasih kerana saya telah bertunang dan merancang untuk melangsungkan perkahwinan. Tindakan dia telah menimbulkan perbalahan diantara saya dengan tunang saya sehingga menyebabkan hubungan kami berakhir kerana salah-faham ini.

Laporan yang telah direkodkan di Balai Polis oleh Pihak Polis pada 5 Februari 2016.

PADA 05.02.2016 JAM LEBIH KURANG 1100HRS, SAYA DATANG KE BALAI POLIS RANAU INGIN MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG GANGGUAN PSIKOLOGI DAN ANCAMAN SEKSUAL YANG MELIBATKAN KESELAMATAN DIRI DAN KELUARGA SAYA DIMANA YANG DILAKUKAN OLEH BEKAS MASJIKAN SAYA DARI FIRMA FERNANDEZ AND FERNANDEZ CONSULTING IAITU PENAMA CALLISTUS FERNANDEZ DENGAN MEMEGANG JAWATAN (CEO) PENAMA CALLISTUS FERNANDEZ TELAH MENCEROBOH AKAUN FACEBOOK PERIBADI DAN EMAIL SAYA MALAHAN TELAH MENUKAR HAK PEMILIKAN NOMBOR TELEFON SAYA YANG BERNOMBOR 012-8799406 KEPADANYA. PENAMA CALLISTUS JUGA TELAH MENGUGUT DAN MENFITNAH KONONNYA SAYA BERSUBAHAT DENGAN SSKM. PADA MASA YANG SAMA 28 JANUARI 2016 DALAM JAM 1900HRS LOKASI DI BEVERLY HILL PENAMPANG PENAMA CALLISTUS TELAH MEMAKSA SAYA UNTUK BERJUMPA DENGANNYA KALAU TIDAK DIA AKAN MENGHANCURKAN KELUARGA SAYA PADA MASA YANG SAMA DIA TELAH MEMAKSA SAYA UNTUK MEMBUAT KENYATAAN MENGIKUT KATA KATA YANG DIKELUARKAN OLEHNYA SAMBIL DIRAKAM MELALUI TELEFON. YANG SEBETULNYA SAYA TELAH DIPAKSA UNTUK MENGAMBIL RAKAMAN VIDEO TERSEBUT TANPA KERELAAN SAYA. SAYA JUGA MENEGASKAN TIDAK PERNAH SEKALI PUN MENGAMBIL APA APA DATA SULIT YANG DIMILIKINYA, DIMANA KEPUNYAAN OLEH FIRMA PERUNDING TERSEBUT. PERBUATAN YANG DILAKUKAN OLEH PENAMA CALLISTUS ADALAH DISEBABKAN KEENGGANAN SAYA UNTUK MENJALINKAN HUBUNGAN DENGANNYA SEBAGAI KEKASIH. SAYA BUAT LAPORAN UNTUK MENGHENTKAN GANGGUAN EMOSI DAN MINTA BANTUAN PIHAK POLIS UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH TERSEBUT. DISAMPING ITU SAYA NEKAD BERHENTI KERJA DITEMPAT BARU, TAKUT APA APA TERJADI PADA DIRI DAN KELUARGA SAYA. LAPORAN DIBUAT UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN REPOT SAYA.

Untuk makluman anda semua, bekas tunang saya telah membuat laporan polis pada 8 Februari 2016 tetapi kenyataannya tidak direkodkan dan beliau diminta untuk membuat laporan di Balai Polis Penampang.

Selain itu juga, saya ingin kongsikan kepada anda semua bahawa pada 31hb Januari 2016, lebih kurang jam 12pm bertempat di Alam Mesra, bekas majikan saya telah berjumpa dengan saya secara paksa dan kebetulan pada ketika itu, bekas tunang saya telah datang dan timbul pergaduhan diantara mereka berdua. Dia juga telah mengugut dan mengancam keselamatan diri saya malah telah menarik tangan saya sehingga ke dalam keretanya walaupun pada ketika itu bekas tunang saya telah berusaha untuk menghalangnya. Dia telah membawa saya pergi dari Alam Mesra ke Beverly Hill dan tiba disana pada sekitar jam 4-5 petang. Sepanjang saya berada didalam keretanya juga pada waktu itu, dia mengatakan bahawa tindakan yang diambilnya itu untuk tidak melepaskan saya adalah berdasarkan kepada nasihat seorang Inspektor yang bernama Inspektor Najib yang bertugas di Balai Polis Penampang. Ketika berada didalam kereta setelah tiba di Beverly Hill, dia telah mencuba untuk merogol saya dengan mencekek leher dan meramas tubuh badan saya. Lantas itu, saya telah keluar dari kereta tersebut untuk menyelamatkan diri. Kejadian ini telah memberikan tekanan psikologi dan mengganggu emosi sehingga saya berasa sangat takut pada hari ini.

Dia juga telah meminta saya untuk datang ke Balai Polis Penampang pada 6 Februari 2016 jam 7.30pm untuk menyerahkan HP yang diberikan olehnya kepada saya yang berjenama samsung S6. Selain itu dia meminta saya untuk mengembalikan duit sebanyak RM2200 yang telah digunakan untuk membelanjakan saya termasuk barang-barang yang diberikannya. Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya duit yang diberikan itu tidak pernah saya miliki daripadanya. Dia sendiri yang membelanjakan duit tersebut tanpa pernah diminta dan ini dapat dibuktikan melalui mesej yang dihantar olehnya kepada saya. Saya juga telah menyerahkan telefon yang berjenama Samsung S6 yang telah diberikan olehnya kepada bekas tunang saya semasa beliau ingin membuat laporan Polis untuk diserahkan kepada Balai Polis Ranau untuk tujuan simpanan sebagai bukti dan segala urusannya untuk mendapatkan telefon ini perlu melalui Balai Polis Ranau walau bagaimanapun pihak Polis di Balai Polis Ranau tidak merekodkan kenyataan laporan tunang saya dan telefon tersebut tidak dapat diserahkan kepada Balai Polis Ranau.

Apa yang saya sedang lakukan sekarang ini adalah membawakan kes ini ke peringkat Makhamah Megistrate bagi penyelesaian secara adil, saksama demi keselamatan diri dan keluarga saya. Sehingga kini, dia tidak berhenti-henti mengugut, mengancam dan menakutkan diri dan keluarga saya namun saya percaya bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan apa yang sedang saya lakukan ini adalah bertujuan untuk mempertahankan diri saya daripada terus diganggu oleh bekas majikan saya ini.

Saya mohon anda semua untuk membantu saya menyebarkan cerita benar ini kepada semua orang agar saya memperolehi sokongan moral dan dapat memberikan tekanan positif kepada pihak polis dan mahkamah agar menjalankan penyiasatan ini dengan penuh bertanggungjawab dan memberikan pengadilan kepada diri, keluarga dan bekas tunang saya sewajarnya. Tiada rundingan luar akan dilakukan dan hanya melalui saluran makhamah sahaja. Itu adalah muktamad.
Kepada mana-mana pihak yang sudi membantu saya dalam hal ini khususnya dalam memberikan khidmat bantuan guaman bolehlah menghubungi saya melalui Inbox Facebook saya ini.
Segala sokongan moral dan bantuan yang anda berikan amat saya hargai sepenuhnya.
Harnefer Johumin

Sumber : Hurny Johumin


Comments

  1. Kadang Casino (formerly Gondola) - West Bengal, India
    Kadang Casino is a state of the art 바카라 사이트 gambling hall. We deliver state-of-the-art graphics, video slots, and live septcasino entertainment. We are an industry leader kadangpintar

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain