Maut terkena bom semasa disaman polis
IBARAT seperti sudah dijemput ajal, begitulah Rico Hermawan yang maut dalam serangan bom dan senjata api di Jalan Thamrin di Jakarta, Khamis lepas. Beberapa saat sebelum berlaku serangan bom dan senjata api itu, Rico sebenarnya ditahan polis dan disaman kerana melakukan kesalahan lalu lintas di tempat kejadian atas kesalahan membawa motosikal melawan arus. Ketika kejadian, Rico, 21, membawa sepupu perempuannya bernama Anggun Kartikasari, 24, untuk menghadiri temu duga di bangunan berhampiran dan ketika sedang disaman polis, berlaku letupan di pondok polis di Jalan M.H Thamrin yang meragut nyawanya. Rico maut di tempat kejadian kerana terkena letupan manakala Anggun dan polis terlibat parah akibat terkena serpihan bom dan dilaporkan masih dirawat di hospital. Menurut seorang saudara Rico yang dikenali sebagai Didi, beliau mengetahui cerita mengenai kejadian yang menimpa Rico itu setelah melawat Anggun di hospital yang telah boleh bercakap tetapi masih lemah dan trauma. R