Posts

Showing posts from September, 2015

Lelaki maut selepas selfie

Image
ZHENJIANG - CHINA . Seorang lelaki maut terjatuh dari ketinggian 30 meter selepas bergambar di tebing sebuah air terjun di Zhunji iaitu lokasi terakhir dia dilihat. Mayat lelaki yang masih belum dikenalpasti identitinya itu ditemui oleh orang awam berhampiran Air Terjun Longmen berhampiran Pergunungan Dongbai, Zhunji, Wilayah Zhenjiang, lapor Qianjiang Evening News. Polis turut menemui sebuah telefon bimbit serta kayu selfie bersebelahan mayatnya. Hasil pemeriksaan di telefon bimbit mangsa, polis menemui beberapa keping gambar mangsa yang diambil dari atas gunung tersebut. Siasatan awal polis mendapati, lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 30 an, pergi ke gunung berkenaan berseorangan berselfie berdekatan air terjun sebelum terjatuh. Polis bagaimanapun menolak unsur jenayah dan punca kematiannya adalah disebabkan tergelincir dari tebing ketika mengambil gambar. Kawasan Air Terjun Longmen terkenal dengan tebing yang curam dan berbahaya. -Sinarharian.com.my