Posts

Showing posts from July, 2015

Bandar timbul semula selepas tenggelam 25 tahun

Image
VILLA Epecuen adalah sebuah perkampungan pelancongan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan ramai. Berbeza dengan pusat pelancongan yang lain, Villa Epecuen yang terletak di sepanjang pantai Lago Epecuen iaitu sebuah tasik garam ini mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia dan sepuluh kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan. ‘Hilangnya’ pusat pelancongan indah ini disebabkan oleh limpahan hujan luar biasa sekitar tahun  1985 sehingga menenggelamkan banyak bandar di situ. Terletak 600 kilometer di bahagian barat daya Buenos Aires, Argentina, tasik ini menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit anemia, kencing manis dan kemurungan. Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik ini menjadi terkenal selama beberapa abad. Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut. Bermula dari perk

Pulau yang sangat menggerunkan

Image
PULAU Patung atau ‘La Isla dela Munecas’ adalah salah sebuah pulau yang terdapat di bahagian selatan Mexico. Pulau ini diberi nama begitu kerana hampir semua pokok dan pondok yang terdapat di pulau ini digantung dengan pelbagai yang pelbagai jenis serta berwajah seram. Meskipun dengan sejarahnya yang mengerikan, pulau ini tidak pernah sunyi daripada kunjungan pelancong yang ingin menyaksikan sendiri patung-patung tersebut. ‎Sejarah di pulau ini bermula lebih 50 tahun dahulu; di mana seorang lelaki bernama Don Julian Santana meninggalkan isteri dan anak-anaknya semata-mata untuk menghabiskan sisa hayatnya di pulau tersebut. Walaupun dia sudah berkahwin, dia memilih untuk menghabiskan masa tuanya di sana dan menjadi penjaga pulau tersebut. Tragedi yang berlaku seterusnya telah mengubah imej dan landskap pulau itu secara keseluruhan. Menurut sejarah pulau tersebut, semasa menjaga pulau tersebut, Julian telah menemui mayat seorang budak perempuan yang mati di salah sebuah salira

Wanita serang teman lelakinya kerana tidak mahu buat seks

Image
Wanita serang teman lelakinya kerana tidak mahu buat seks Seorang wanita didakwa menyerang teman lelakinya yang tidak mahu melakukan hubungan seks, dalam kejadian pada 24 Jun lepas. Laporan Mirror mengatakan Tabatha Lee Grooms, 35, menyerang Carlos Rodrecus Grace, 30, dan ibu teman lelakinya, Betty Clark, 66. Grace dilaporkan menolak permintaan hubungan seks dari Grooms beberapa jam sebelum kejadian. Grooms dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika menyerang, mencakar muka, kepala dan leher Grace yang ketika itu sedang berehat di rumahnya. Wanita tersebut akan didakwa kerana kesalahan menyerang dan keganasan domestik. Beliau kini ditahan di sebuah penjara di Richmond.

Pekerja kilang maut 'ditumbuk' robot

Image
JERMAN. Seorang pekerja kilang terbunuh selepas robot yang sedang dipasang mengepit dadanya ke atas sekeping plat besi, semalam. Menurut laporan Financial Times, pekerja berusia 21 tahun tersebut bersama dengan seorang lagi rakan sekerja semasa kejadian berlaku di kilang pemasangan kenderaan Volkswagen. Jurucakap Volkswagen, Heiko Hillwig memberitahu bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh kesilapan teknikal. Robot tersebut mampu diprogram untuk melakukan pelbagai kerja, termasuk memegang bahagian-bahagian kenderaan dan memanipulasinya. Bagaimanapun, robot selalunya dikawal jauh dari manusia dan operator akan diletakkan di dalam ruangan selamat.