Posts

Showing posts from December, 2014

Asal-usul Puchong

Image
JIKA nama tempat ini disebut puluhan tahun lalu, ramai yang tidak berani memasukinya disebabkan tiga perkara; pertama hantu, kedua, penyamun dan ketiga, disebabkan ramai pengganas komunis. Namun kawasan diberi nama Puchong kini bagaikan tidak pernah kosong dengan kelibat manusia dan juga kenderaan bertali arus di lebuh raya yang menyambungkannya dengan beberapa kawasan. Bekas Ketua Kampung Batu 14 Puchong, Shaari Maun, 74, berkata, dia dilahirkan di Kampung Pulas, (diberi nama itu kerana banyak pokok pulasan) Puchong pada tahun 1940. Mengikut sejarah terdahulu, Puchong yang dipercayai wujud kira-kira 120 tahun lepas mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Burung berwarna putih dan kelihatan seperti bangau tersebut dikatakan malas untuk mencari makanannya sendiri. Shaari berkata, Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Mela

Kisah isteri kerja, suami lepak

Kisah kali ini tentang suami dayus yang hanya mengharapkan gaji hasil usaha isteri. Di persekitaran anda, anda tentu seringkali melihat lelaki seperti itu. Suami duduk-duduk di rumah sambil hisap rokok yang dibeli dengan duit isteri, lepas tu pergi melepak dengan kawan-kawan dan pinjam kereta isteri... ini betul-betul lelaki dayus tak tahu malu. Layan.... PERTEMUAN saya dan seorang kenalan lama berlaku secara tidak sengaja. Jujur saya katakan, impresi pertama saya adalah tidak percaya saat terpandangkan wajahnya yang hampir tidak dicam kerana kusut dan lesu. Dia yang saya kenal seorang yang sangat cantik dan berpenampilan menarik ketika kami di kolej dahulu. Tapi hari ini, dia saya lihat begitu lesu, tidak ceria dan sedikit gempal berbanding dahulu. Apa berlaku? Saya tertanya-tanya. Hampir sembilan tahun kami terpisah, pertemuan itu terlalu nostalgik untuk saya huraikan. Kami berpelukan lama. Air mata mengalir tiba-tiba. Entah kenapa, saya dan Emma merasakan rindu nan syahdu