Posts

Showing posts from November, 2014

Kisah pulau ‘kapal perang’

Image
  PULAU HASHIMA - JEPUN. Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun. Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation. Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap. Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut. Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina. Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835

Kisah sebab suami anda curang

Image
Cerita ini dipetik daripada artikel yang bertajuk " Pengakuan suami curang" yang diterbitkan di sinarharian online. Ini merupakan surat yang ditulis oleh suami kepada isterinya yang menjelaskan sebab ia berlaku curang terhadap isteri yang membuatkan si isteri terbuka hati memaafkan kecurangan suamianya kerana semuanya berpunca daripada dirinya sendiri. Buat anda yang bergelar isteri, jangan anggap ini hanya sebagai alasan si suami untuk berlaku curang. Ada baiknya baca dan cermin diri sendiri. Sesungguhnya suami tidak sesekali mahu menjatuhkan air muka isterinya dengan menyuruh isteri bersolek, menegur badannya busuk, rambut macam pontianak atau macam-macam lagi. Aku sayangkan isteriku sebab dari dahulu sehingga sekarang dia tetap sama dimataku...tingkahlaku, penampilan walaupun sudah beranak pinak...pasal sudah nampak tua tu jangan ambil kiralah sebab diri sendiri pun sudah tua.. Layan kisah sebab suami curang.. Minta terus terang Saya minta suami terus terang keku