Posts

Showing posts from September, 2014

Kisah sepasang kekasih buat adegan berahi dalam bas

Image
www.hmetro.com.my Gambar Hiasan Kuantan: Seorang pemandu bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas terkejut melihat aksi sepasang kekasih sedang melakukan seks oral dalam bas itu, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, pemandu berusia 39 tahun menyaksikan adegan itu menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam kenderaan berkenaan. Sumber polis berkata, pemandu bas itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Cherating sebelum pihaknya menahan pasangan kekasih itu dan meneliti rakaman CCTV itu untuk siasatan lanjut. Menurutnya, rakaman selama tujuh minit menunjukkan bahawa remaja berusia 20 tahun yang juga pelajar jurusan perakaunan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu sedang melakukan seks oral terhadap pasangannya yang juga berusia 20 tahun.

Kisah Tebusan Britain David Haines yang dipenggal kepalanya oleh anggota Negara Islam

Image
  Tebusan Britain, David Haines yang dipenggal anggota Negara Islam (IS) kelmarin, mengingatkan semua pihak supaya tidak menyalahkan Islam terhadap kejadian itu. Dunia mengutuk perbuatan itu termasuk mereka yang beragama islam. Saya pernah melihat satu wawancara seorang penduduk awam Syria yang berpendapat mereka itu bukan manusia kerana membunuh orang awam yang tidak bersalah secara terang-terangan. Islam itu indah. Itulah yang selalu diperkatakan oleh kawan-kawan saya yang beragama islam apabila kami membincangkan perkara itu. Ternyata rakan-rakan yang beragama islam juga tidak setuju dengan perbuatan memenggal kepada orang yang tidak bersalah semata-mata memberi amaran kepada mereka yang mereka marah. Dalam kalangan agama bukan islam pun ada juga yang melakukan jenayah dan kekejaman. Saya sebagai yang menghormati agama lain juga berpendapat tidak ada agama di muka bumi ini yang membenarkan pembunuhan terhadap orang yang tidak bersalah. Orang yang membunuh sesuka hati itu seben