Posts

Showing posts from June, 2014

Kisah lelaki mati dibelasah kerana tunjukkan kemaluannya kepada wanita

Image
Seorang lelaki dibelasah hingga mati dalam kejadian di perhentian bas Seksyen 17, Shah Alam, di sini awal pagi semalam selepas dia dikatakan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 20-an, dikatakan berkelakuan lucah dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita yang melalui kawasan terbabit menyebabkan wanita tersebut menjerit meminta tolong. Sekumpulan lelaki yang mendengar jeritan mangsa bergegas ke lokasi kejadian lalu menangkap pemuda yang menunjukkan zakarnya kepada wanita yang menjerit meminta tolong. Antara empat hingga enam individu dikatakan memukul lelaki itu sehingga mangsa mati. Tangannya juga dalam keadaan terikat kerana dipercayai yang memukul mangsa adalah pondan-pondan yang tidak pandai berlawan secara terbuka.

Kisah Cadbury disebotaj, tiada DNA babi

Image
Riuh Satu Malaysia pasal dua produk cadbury yang dikatakan tidak halal kerana mempunyai DNA babi. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan mengekalkan fatwa sebelum itu iaitu dua produk coklat itu halal di makan tetapi masyarakat islam meragui kehalalan produk tersebut. Ekoran daripada itu, dua produk cadbury telah dirampas oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan produk itu dibeli dan dimakan oleh orang islam. Ingat orang islam sahaja yang ada duit untuk beli produk itu.Mengapa tidak label sahaja produk tidak halal?. Kini, Adakisah tertanya-tanya dimana pihak berkuasa simpan barang yang dirampas. Adakah ia disimpan di dalam stor, dilupus atau sudah dimakan? Hari ini JAKIM mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu. Masa untuk mengembalikan produk yang dirampas. Atau masa makan coklat yang dirampas sebab ia tak haram lagi.. Adakisahnya terfikir bagaimana Kementerian Kesihatan berjaya mengesan DNA