Posts

Showing posts from June, 2013

Elak anak hilang

Tip supaya tidak terpisah dengan anak ketika bercuti Sepanjang cuti persekolahan ini, membawa anak ke tempat menarik dan menyeronokkan adalah agenda utama hampir semua ibu bapa saat ini. Saat ini jugalah dimanfaatkan sepenuhnya ibu bapa yang kebanyakan­nya sibuk dengan kerja seharian di pejabat. Memanfaatkan sepenuhnya cuti persekolahan ini untuk membawa anak bercuti bagaimanapun mengundang kepada kesesakan di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Keadaan yang bersesak-sesak ini juga adalah situasi sukar dan menyebabkan perkara tidak diingini, contohnya anak terpisah daripada ibu bapa. Apabila anak terpisah daripada ibu bapa terutama kanak-kanak di bawah usia lima tahun, tanyalah apa saja, hanya air mata yang mengalir. Justeru, bagi mengatasi masalah ini terutama di musim cuti ini, tip melancong kali ini mungkin dapat membantu. Ajar anak mengingat nama anda  Ada kanak-kanak masih tidak tahu atau mengingati nama ibu atau bapa. Perkara ini juga merumitkan untuk mencari kel

Bahaya enjin kereta panas

WALAUPUN enjin kereta dalam keadaan baik, ia boleh menjadi panas jika memandu di laluan berbukit atau membawa muatan berlebihan. Namun, enjin yang panas boleh disejukkan dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi air ke dalam radiator. Enjin yang terlalu panas akibat terlalu lama dihidupkan selepas membuat perjalanan jauh boleh mengundang bahaya termasuk kenderaan terbakar atau meletup. Justeru, jika mengalami masalah enjin terlalu panas, berhentilah kereta di tepi jalan. Tapi ketika memandu, tentu bimbang jika penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin menghampiri peringkat H (hot). Kepanasan enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk. Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pe