Posts

Showing posts from March, 2013

Dibaham singa ketika melakukan maksiat di Harare

Seorang wanita maut dibaham singa ketika mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah kawasan hutan di Zimbabwe, menurut laporan. Kekasihnya berjaya melarikan diri dalam keadaan bogel. Sharai Mawera meninggal dunia kelmarin selepas haiwan liar itu menerkamnya ketika mangsa menikmati saat romantik dalam hutan bersama pasangannya yang tidak dinamakan. Laman web berita My Zimbabwe melaporkan, singa menyerang pasangan itu di satu kawasan terpencil dalam hutan berhampiran bandar Kariba. Teman lelaki Mawera, yang tidak dikenal pasti, dipercayai melompat dan lari dalam keadaan bogel ketika haiwan itu menyerang. Sumber memberitahu wanita berkenaan mati di tempat kejadian. Malang sekali wanita itu dibaham sehingga mati oleh singa tetapi teman lelakinya berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan bogel, kata sumber. Rakan pasangan berkenaan memberitahu My Zimbabwe dia bekerja di sebuah pasar tempatan dan pasangannya ialah nelayan. Lelaki itu nelayan dan dia kerap bertem

Maut tertelan gigi palsu ketika tidur

Seorang kontraktor yang memakai gigi palsu ketika tidur dilaporkan maut selepas tertelan giginya itu di rumahnya di Farlim, Air Itam di George Town pagi tadi.   Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur berdengkur sebelum terbatuk sehingga menyebabkan dia tertelan giginya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat giginya tersangkut di tekak.   Menurut sumber polis, kejadian itu disedari isterinya Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan.   Sebelum kejadian, mangsa bersama isterinya sedang menonton TV sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu.   Isterinya masuk ke bilik tidur tidak lama kemudian apabila mendengar suara suaminya seperti sedang menghadapi masalah. "Isteri mangsa kemudiannya mendapati suaminya tertelan gigi palsu, lantas dia menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan. Suaminya didapati tidak bernyawa oleh anggota ambulans yang tiba di rumah mereka,&qu