Posts

Showing posts from February, 2013

Individu terkaya di Malaysia

Image
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lalu, diikuti oleh ahli perniagaan, Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow. Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lalu, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari 2013. Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan  perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari. Ia berkata, kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat  sedikit tahun ini meski pun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu. Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu be

Kerajaan Malaysia melindungi penjenayah antarabangsa?

Baru-baru ini Musa Aman didakwa oleh pegawai kerajaan Filipina mencampuri urusan penghantaran pulang seorang suspek yang dikehendaki oleh negara Filipina. Menurut Setiausaha Keadilan Filipina, Leila de Lima, Amalilio diambil oleh pihak berkuasa Malaysia 10 minit sebelum dia dijadual menaiki penerbangan ke Filipina. Empat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina mengiringi Amalilio pada masa itu. Mereka tidak diberikan alasan yang "jelas dan boleh diterima" untuk campurtangan, kata de Lima (kiri). Ketua Polis Sabah, Hamza Taib telah menafikan dakwaan bahawa Amalilio dikaitkan dengan Musa dan menjelaskan bahawa deportasi itu dihentikan kerana prosedur tidak diikuti. Beliau juga mendakwa bahawa pihak berkuasa Filipina tidak membuat permintaan untuk membawa pulang Amalilio. Tidak ada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina dan dengan itu ia tidak terikat dengan sebarang permintaan untuk ekstradisi. Menurut The Star, Amalilio telah ditangkap di Ranau, S