Kisah kahwin muda Muhamad Haikal Farith dan isterinya Nur Hazwani

Muhamad Haikal Farith  bersama isterinya Nur Hazwani


Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.

“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.

Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.

Adakisahnya berharap agar pasangan ini benar-benar mengambil keputusan berkahwin atas dasar cinta dan bukannya desakan nafsu seks. Yalah, untuk mengelakkan diri daripada melakukan maksiat, jalan paling baik ialah bernikah.

Adakisahnya pernah menonton sebuah filem hindustan dan kalimah yang paling bernilai untuk direnungkan bersama ialah cinta itu sangat berkuasa semasa bercinta tetapi apabila ada tanggungjawab, perasaan cinta dan kuasa cinta itu beransur-ansur akan hilang. Akibatnya terjadilah kes pergaduhan suami isteri dan seterusnya berkunjung ke mahkamah untuk bercerai.

Saudara boleh...

Anak buah adakisahnya juga berkahwin ketika usia 16 tahun..tamat SPM dia memohon perkhidmatan  polis dan kini sudah dikurniakan 4 orang anak sambil menikmati kehidupan yang bahagia...

Semoga berbahagia...tiada yang lebih penting dalam keluarga selain daripada sebuah kebahagiaan.



Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain