Posts

Showing posts from December, 2013

Kisah kahwin muda Muhamad Haikal Farith dan isterinya Nur Hazwani

Image
Muhamad Haikal Farith  bersama isterinya Nur Hazwani Saya akan buktikan, mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun. “Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya, membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah. Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin. Adakisahnya berharap agar pasangan ini benar-benar mengambil keputusan berkahwin atas dasar cinta dan bukannya desakan nafsu seks. Yalah, untuk mengelakkan diri daripada melakukan maksiat, jalan paling baik ialah bernikah. Adakisahnya pernah menonton sebuah filem hindustan dan kalimah yang paling bernilai untuk direnungkan bersama ialah cinta itu sangat berkuasa semasa bercinta tetapi apabila ada tan