Posts

Showing posts from November, 2013

Kisah andaian dan hakikat berkaitan diabetes

OLEH  MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN Graduan Universiti al-Azhar Belanjawan 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Abdul Razak pada Jumaat baru-baru mendapat perhatian ramai dengan lima penekanan yang diberikan. Antara yang menarik apabila PM mengumumkan penarikan subsidi gula RM0.34 yang menjadi langkah untuk mengurangkan penyakit diabetes yang dihidapi oleh ramai rakyat Malaysia. Maka timbul persoalan, adakah ini kajian yang relevan atau andaian yang tidak berapa tepat? Sehubungan itu, kita perlu melihatnya dari sudut kajian, andaian dan hakikat. (1) KAJIAN: Bangsa India dan Melayu merupakan kaum paling tinggi menghidap diabetes, kemudian diikuti dengan Cina. Ini kerana makanan yang manis. Laporan tahun 2012 oleh Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional menyatakan, kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia menghidap penyakit diabetes. ANDAIAN: Peningkatan harga gula dengan penarikan subsidi akan menyebabkan pengurangan gula dalam minuman dan makanan. HAK

Kisah 3 teori ilmiah berhubung kalimah Allah

Image
OLEH  MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN Graduan Universiti al-Azhar   Keputusan larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia oleh non-Muslim perlu difahami dengan pertimbangan teori ilmiah dan realiti maslahat semasa. Teori ilmiah 1 Penggunaan kalimah Allah oleh non-Muslim bukanlah suatu yang asing, bahkan dalam al-Quran terdapat ayat yang menggambarkan musyrikin kekuasaan Allah menciptakan langit dan bumi. Realiti maslahat semasa: Penggunaan kalimah "god" dan selainnya yang tidak menggunakan kalimah Allah menjadi tradisi dan identiti sesuatu agama tersebut di Malaysia. Situasi ini dipengaruhi oleh penggunaan bahasa kebiasaan sesuatu bangsa. Misalnya, Melayu banyak dipengaruhi bahasa Arab. Maka realiti dalam al-Quran merujuk kepada hujah dan teori ilmiah. Namun, realiti masyarakat Malaysia merujuk kepada tradisi turun temurun. Teori ilmiah 2 Allah merupakan Tuhan bagi sekalian alam, tidak kira sama ada manusia atau bukan manusia, Melayu atau tidak, Muslim atau non

Kisah seorang ibu bakar anak selepas bergaduh

Seorang ibu dari Jinhua, di Zhejiang memaksa anak lelakinya yang berusia empat tahun agar meminum minyak tanah sebelum membakar kanak-kanak malang itu selepas terbabit dalam pergaduhan keluarga, baru-baru ini. Menurut laporan akhbar, wanita terbabit dan suaminya bergaduh menyebabkan si isteri yang berang memutuskan untuk mencederakan setiap ahli keluarganya. “Si isteri mula menuang minyak tanah dari botol minuman teh ais ke tekak anaknya. “Tidak lama kemudian si bapa mula menyedari yang botol itu diisi dengan minyak tanah tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana si isteri sudah membakar anaknya,” katanya. Menurut akhbar berkenaan, mangsa mengalami kecederaan melecur tahap ketiga dan masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital. “Doktor berkenaan memberitahu mangsa mungkin tidak dapat bercakap dan melihat lagi. “Si bapa yang cuba menyelamatkan anaknya yang terbakar turut cedera. Kepalanya bengkak dan lutut serta tangannya juga melecur,” katanya. - Agensi

Kisah Maulana Babjee arah bunuh kadazandusun dan cina di sabahkini.net

By Mutalib M.D "SAYA terkejut ketika Pesuruhjaya Polis Sabah, Maulana Babjee memanggil saya dan mengarahkan saya membunuh beberapa orang Kadazan dan Cina untuk mencetuskan rusuhan kaum. Saya tergamam!" kata Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar. Asainar Bin M.P. Ebrahim @ Hassnar adalah salah seorang bekas tahanan ISA yang paling lantang menyuarakan isu PATI dan kad pengenalan Projek. Beliau merupakan salah seorang daripada 52 tahanan ISA yang menjadi dalang sindiket kad pengenalan projek. Hassnar juga menjadi salah seorang saksi dalam perbicaraan Petisyen Pilihanraya DUN Likas 1999 yang telah membuat pengakuan bersumpah dan telah menulis surat kepada saya dan sekaligus membuat pengakuan secara terbuka yang telah dimasukkan ke dalam buku saya 'IC PROJEK-Agenda Tersembunyi Mahathir?' dan dipetik oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan sebagai bukti untuk mengukuhkan bukti di dalam bukunya 'Justice For Sabah' (Keadilan Untuk Sabah).

Kisah rasuah datuk peter anthony oleh sabahkini.net

Image
Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN PARTI Keadilan Rakyat menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghentikan sandiwara berhubung pembasmian gejala rasuah di Sabah yang kononnya menjalankan siasatan terhadap Datuk Peter Anthony berhubung tuntutan palsu RM43 juta di Universiti Malaysia Sabah; tetapi sebelum ini menutup kes Mantan Naib Cancelor UMS, Datuk Mohd Noh Dalimin. "Jika SPRM benar-benar mahu basmi rasuah, tangkap Datuk Peter Anthony yang membuat tuntutan palsu bagi kontrak RM43 juta kerana semua bukti sudah diserahkan kepada mereka sejak tahun lalu, tetapi hanya mendiamkan sahaja," kata Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang membidas SPRM Sabah kerana 'gentar' dengan kuasa politik yang dimiliki Datuk Peter Anthony sehingga menyebabkan kes berkenaan disiasat oleh SPRM Putrajaya. Menurut Citra, kes rasuah Mohd Noh Dalimin telah selesai disiasat dan hanya menunggu arahan Peguam Negara untuk memberkas dan menghada