Individu terkaya di Malaysia
Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lalu, diikuti oleh ahli perniagaan, Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow. Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lalu, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari 2013. Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari. Ia berkata, kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meski pun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu. Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu be