Posts

Showing posts from November, 2012

Meninggal selepas balik dari pengebumian anggota keluarga

Tiga maut dan empat cedera dalam satu kemalangan di Kunak apabila lori yang mereka tumpang hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 20 Jalan Kunak-Lahad Datuk, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Wee Devets Tan berkata, akibat rempuhan itu lori berkenaan terbabas ke tepi jalan dan penumpangnya tercampak keluar dalam kejadian jam 4.40 petang. Seorang penumpang meninggal di tempat kejadian sementara dua lagi di Hospital Kunak. Empat yang cedera termasuk pemandu dan seorang wanita yang sarat mengandung kini dirawat di Hospital Kunak dan Hospital Tawau. Mereka dikatakan baharu balik dari pengebumian anggota keluarga mereka di tanah perkuburan Islam Lor Malung dekat sini dan menghala ke arah Lahad Datu. Pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan walau bagaimanapun yidak ada butiran tentang mangsa. Kesemua mangsa yang berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu dikatakan bekerja di sebuah ladang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Seorang guru di SMK Kunak pada mulanya cuma mahu menanam cili padi biasa atau cili api menggunakan kaedah fertigasi. Ismail Nawi, 39, sanggup memandu ratusan kilometer ke Kundasang, sebuah kawasan yang terkenal dengan produk sayur-sayuran tanah tinggi - untuk mencari peralatan pertanian fertigasi dan benih. Apabila berada di Kundasang, dia tidak pula menyangka sama sekali rancangan awalnya untuk menanam cili padi biasa berubah apabila penjual peralatan pertanian fertigasi itu mencadangkan dia menanam cili padi Semerah. Penjual itu bukan sahaja mencadangkan dia menanam cili Semerah, malah menasihatkannya supaya menemui seorang pakar penanaman cili, Dr Jenny Lee, pegawai pertanian di Jabatan Pertanian daerah Tuaran. TUAIAN PERTAMA "Masa itu ialah akhir tahun tahun 2010. Selepas menerima biji benih daripada Mardi di Selangor, saya pun memulakan penanaman kira-kira 2,000 pokok cili Semerah secara fertigasi seperti yang saya pelajari ketika berkursus di Sarawak dan Terengga