Kisah usahawan cili dari Tawau


Seorang guru di SMK Kunak pada mulanya cuma mahu menanam cili padi biasa atau cili api menggunakan kaedah fertigasi.

Ismail Nawi, 39, sanggup memandu ratusan kilometer ke Kundasang, sebuah kawasan yang terkenal dengan produk sayur-sayuran tanah tinggi - untuk mencari peralatan pertanian fertigasi dan benih.

Apabila berada di Kundasang, dia tidak pula menyangka sama sekali rancangan awalnya untuk menanam cili padi biasa berubah apabila penjual peralatan pertanian fertigasi itu mencadangkan dia menanam cili padi Semerah.

Penjual itu bukan sahaja mencadangkan dia menanam cili Semerah, malah menasihatkannya supaya menemui seorang pakar penanaman cili, Dr Jenny Lee, pegawai pertanian di Jabatan Pertanian daerah Tuaran.

TUAIAN PERTAMA

"Masa itu ialah akhir tahun tahun 2010. Selepas menerima biji benih daripada Mardi di Selangor, saya pun memulakan penanaman kira-kira 2,000 pokok cili Semerah secara fertigasi seperti yang saya pelajari ketika berkursus di Sarawak dan Terengganu.

"Bagaimanapun, daripada 2,000 pokok itu, separuh sahaja menjadi dan mengeluarkan hasil," kata Ismail semasa menghadiri majlis doa selamat Syarikat Wealthy Empire Managment Sdn Bhd, syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan sambal cili padi Semerah jenama 'Qastury'.

Walaupun tuaian pertama cili Semerahnya pada Jun 2011 memang menggembirakan Ismail, namun pada masa yang sama terselit sedikit rasa gusar mengenai masa depan tanaman cili Semerah, kerana pasarannya tidak menentu.

Ismail mencuba nasib dengan membawa cilinya ke Pasar Tanjung di Tawau. Di sana dia ditawarkan harga RM5 untuk sekilogram. Apakan daya, dia menerima tawaran harga itu meskipun dirasakan harga itu tidak berbaloi dengan susah payahnya menghasilkan cili padi itu.

Dia kemudian menemui syarikat Wealthy Empire yang menawarkan harga RM9 sekilogram - hampir dua kali ganda dengan harga yang ditawarkan di Pasar Tanjung. Kini Ismail mampu mengeluarkan sehingga 70kg cili Semerah sekali petik, iaitu dua kali seminggu.

Ismail kini mempunyai 15 pekerja pemetik cili di ladangnya yang mempunyai kira-kira 3,000 tanaman di Sungai Duyung, Jalan Pangi Hujung, Kunak. Dia membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk projek tanaman cili Semerah ini.

NIKMATI HASIL

Penjawat awam, Zulkifli Dahlan, yang menanam cili Semerah secara fertigasi di tanah kosong bersebelahan rumahnya di Kampung Kinabutan Besar, Batu 5, Jalan Apas, pada akhir November 2011 - kini turut mampu tersenyum lebar kerana tanaman itu sudah mengeluarkan hasil.

Menurut Zulkifli, kerja memetik cili Semerahnya dilakukan oleh jiran-jirannya, ibu tunggal dan warga emas, dengan memberi mereka upah berdasarkan kuantiti cili yang mereka petik dan kesemua cili berkenaan dijual kepada Wealthy Empire untuk dibuat sambal cili.

Katanya dia turut menanam 2,400 pokok cili padi Semerah di Batu 14, menggunakan kaedah fertigasi, namun ia tidak menggunakan serbuk sabut kelapa seperti yang dibuatnya di kebun cilinya di Batu 5, sebaliknya menggunakan tanah biasa.

Zulkifli turut menjadi pembekal peralatan pertanian fertigasi kepada mereka yang berminat berkecimpung dalam penanaman cili.

PENGURUS BESAR

Sementara itu, pengurus Besar Wealthy Empire, Syed Abdullah Mohamad berkata setakat ini syarikatnya merupakan pembeli tunggal hasil tanaman cili Semerah di sekitar Tawau, termasuk dari Pulau Sebatik dan Kunak untuk diproses menjadi sambal cili Qastury.

Menurut Syed Abdullah syarikatnya kini menerima bekalan daripada 25 penanam cili Semerah, namun bekalan itu masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan yang terus meningkat, termasuk dari Singapura dan Brunei.

"Sebenarnya Wealthy Empire dan penanam cili Semerah di sini saling membantu untuk memajukan industri sambal cili padi kami. Dengan membeli cili Semerah daripada mereka, secara tidak langsung membantu golongan ini memasarkan cili keluaran mereka. Kami pula dapat mengeluarkan produk sambal," katanya yang menyifatkan kerjasama yang terjalin dengan penanam cili ialah suatu kerjasama pintar sehingga ada pembekal yang dibayar RM8,000 sebulan.

Syarikat itu juga menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang bernasib baik, bekas banduan dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

PEKERJA CACAT

"Saya sudah bekerja di sini selama tujuh bulan dan tugas saya ialah memproses cili menjadi sambal dan membungkus sambal yang sudah siap," kata Normadiah Ahmad, 18, yang hanya mampu menamatkan persekolahan di sekolah rendah kerana kemiskinan keluarga.

Normadiah, anak sulung daripada lapan beradik, sebelum bekerja dengan Wealthy Empire, cuma membantu ibunya menjual kuih di stesen bas.

Bekas banduan, Ali Husin, 39, yang sudah bekerja dengan Wealthy Empire lebih setahun berkata dia bersyukur kerana Syed Abdullah banyak membantunya.

Ali yang masih belum berkahwin dan telah menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan, berkata inilah pekerjaan pertamanya dan kini sudah meninggalkan tabiat lamanya.

Nasir Yusup, 28, anak bongsu daripada sembilan adik beradik, berkata dia gembira bekerja dengan Wealthy Empire kerana kerjanya membolehkan dia berdikari.

Nasir, yang tangan kanannya tidak dapat menggenggam selepas terjatuh dari pokok kelapa semasa kecil, ialah seorang daripada empat pekerja kurang upaya Wealthy Empire. Tiga lagi sama ada menghadapi masalah kurang pendengaran atau cacat penglihatan.


Comments

  1. Apa no wealthy empire
    atau no syed abdullah
    kalau ada tolong2 dlu orang susah
    01125345793@ 0178641412

    ReplyDelete
  2. - Our can supplier 100-200 ton per month , Thanks you check
    - We are can get for you price fob best good quality. Check site more and request our . Thanks you check
    Contact our update new price to day

    https://vinahugo.com/product-category/agricultural/viet-nam-chili/
    VINAHUGO COMPANY LIMITED
    Hotline: 0084962944933 / whatsapp/wechat
    https://api.whatsapp.com/send?phone=0084909735434
    Email: vinahugo.info@gmail.com & Info@vinahugo.com

    ReplyDelete

  3. Dear Sir and Madam

    ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณ๐Ÿ‡ป๐Ÿ‡ณWelcome to Viet Nam export to the world.
    ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️

    My name is HUGO from Vinahugo company limited in Vietnam, We are a trustworthy manufacturer and supplier, exporter of Fresh red chilli , Dried Chilli, Chilli powder from Vietnam. Our Supplier agricultural help customer international can find contact supplier in Vietnam. get quotation best price, control quality, service shipping....
    1. FRESH RED CHILI
    2. DRIED RED CHILI
    3. RED CHILI POWDER
    4. FRESH RED CHILI
    5. DRIED RED CHILI
    6. RED CHILI POWDER

    ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️

    - Price FOB

    ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️
    +Chili dired :https://vinahugo.com/product/dried-chili-with-flavored-and-spicy-chilli-powder-manufacturers/
    ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️
    +Chili power: https://vinahugo.com/product/typical-hot-chili-powder-for-vietnam/
    ๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️๐ŸŒถ️
    +Frozen chili from Vietnam :https://vinahugo.com/product/frozen-red-chili-from-vietnam-vinahugo-company/

    - Our can supplier 100-200 ton per month , Thanks you check
    - We are can get for you price fob best good quality. Check site more and request our . Thanks you check
    Contact our update new price to day

    https://vinahugo.com/product-category/agricultural/viet-nam-chili/
    VINAHUGO COMPANY LIMITED
    Hotline: 0084962944933 / whatsapp/wechat
    https://api.whatsapp.com/send?phone=0084909735434
    Email: vinahugo.info@gmail.com & Info@vinahugo.com

    #chilidried #chilifresh #chilipowder #chilifrozen #frozenchili #vinahugoproduct #vietnamsupplier #factoryvietnam #vietnamsupplier #makeinvietnam #suppliervietnam #productsvietnam #factoryvietnam #materialinvietnam #aveft #vietnamimportexport #goodsfromvietnam #manuafacturevietnam #foodvietnam #agriculturalvietnam #localvietnamcompany #vietnamexport #oganicbyvietnam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain