Mayat hampir reput dalam tengki di Perumahan Sri Titingan Tawau
Saya tidak dapat bayangkan kalau saya terminum air yang ada mayat sedang reput dalam tangki tempat tekungan air. Pasti saya akan termuntah-muntah sampai habis isi dalam perut. Lepas tu beli air mineral dan minum seberapa banyak untuk menggantikan air mayat yang ada dalam tubuh badan. Hari ini merupakan hari yang malang bagi penghuni perumahan rakyat Sri Titingan Tawau kerana bau air pili yang agak luar biasa sebelum itu rupanya disebabkan oleh kesan mayat yang sudah reput dalam tangki utama. Mayat lelaki bogel yang sudah reput ditemui dalam tangki selepas penghuni perumahan Sri Titingan membuat aduan kelainan bau air yang mereka guna berbanding dengan bau yang diorang minum di kedai makan mamak. Kakitangan pengurusan yang buat pemeriksaan kemudian menemui punca bau pelik dengan menemui mayat yang sudah reput dalam tangki utama. Apalah agaknya orang tu buat dalam tangki air? Mungkin kerana daerah Tawau ni selalu tidak ada air, orang tu cuba mandi dalam tangki di perumahan Sri Titing