Posts

Showing posts from January, 2012

Bunyi aneh di Kota samarahan

Semalam saya terbaca di berita harian kononnya ada satu bunyi aneh dari langit yang menganggu penduduk di Kota Samarahan sehinggakan mereka tidak dapat tidur nyanyak. Menurut sumber, bunyi itu seakan seperti dengkuran orang yang sedang tidur. Saya mencari maklumat tersebut di youtube dan daripada beberapa video yang saya jumpa, tidak ada satupun yang mempunyai persamaan. Ada bunyi burung tekukur, ada bunyi kereta dan ada juga bunyi motorsikal. Sebelum berlakunya bunyi aneh di Kota Semarahan, bunyi aneh dari langit juga pernah dilaporkan berlaku di Denmark. Selain Denmark, Sweeden juga pernah melaporkan bunyi aneh dari langit. Bila saya mendapat tahu berita ini, saya teringat satu peristiwa semasa saya menuntut di SMK Mat Salleh Ranau pada 1992. Dimana ketika saya tengah tidur pada suatu malam di asrama, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi seperti hentakan tapak kaki yang amat kuat menyebabkan saya terbangun. Ketika saya sedar, semua pelajar berlarian turun dari asrama. Bunyi k

Penduduk pribumi lelong kasut perdana menteri Australia

Image
Sebelah kasut Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang hilang ketika beliau dibawa ke kereta oleh pengawal peribadi mendapat tawaran sebanyak Aus$2,000 (RM6,466) dalam lelongan sebelum ia ditarik daripada laman web lelongan, eBay, semalam. Kasut berwarna biru itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada pemimpin Australia itu selepas tertanggal daripada kakinya kelmarin di Canberra ketika beliau lari daripada penunjuk perasaan hak asasi pribumi negara itu. Selepas kejadian itu berlaku, seorang aktivis mengambil kasut itu dan berkata tidak akan memulangkannya. “Beliau tidak boleh mendapatkannya kembali, ia akan dilelong dalam eBay,” katanya memberitahu wartawan. Laman web itu menyenaraikan kasut yang hilang dengan memulakan lelongan pada harga Aus$148 (RM478). “Anda melelong kasut terpakai. Tolong ingat, ini juga sebelah kasut bukannya sepasang, jadi sukar untuk menggunakannya melainkan anda perdana menteri,” kata aktivis itu yang dipetik Sydney Morning Herald. Tetapi, iklan

Kelab taat suami

Image
Kelab taat suami Lima puluh ahli Kelab Taat Suami (KTS) disoal siasat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika mahu melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ di sebuah banglo mewah di sini, semalam. Sepasukan penguat kuasa JAIPk menyerbu banglo itu kira-kira jam 4 petang selepas mendapat maklumat mengenai program berkenaan yang dikhuatiri boleh menimbulkan imej negatif kepada Nabi Muhammad s.a.w. KTS diketuai Khadijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah dan beliau adalah isteri kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, pengasas pertubuhan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan sebelum ini. Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin berkata, dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas poster kempen dan risalah selain memeriksa komputer riba yang terdapat di ruang pameran majlis berkenaan. “Kami menyoal siasat semua ahli KTS untuk mendapatkan maklumat mengenai program yang diadakan dan siasatan lanjut berhubung kes ini masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi, semalam. - Hmet

Wajib bayar hutang

BAGAIMANA cara hendak menyelesaikan hutang lama dengan orang bukan Islam, sedangkan lokasinya masa kini tidak dapat dikesan? Jawapan Hutang ialah sesuatu yang wajib dilangsaikan. Siapa saja yang memberi hutang, sama ada orang Islam atau bukan Islam, wajib kita membayarnya. Malah, kematian tidak menghalang hutang dibayar kerana waris wajib melangsaikannya. Kegagalan membayar hutang akan menyebabkan roh si mati tergantung tidak sampai ke langit selepas meninggal dunia atau dalam maksud lainnya, tidak diterima Allah. Jika ahli keluarga si pemberi hutang sudah tiada, warisnya berhak menerima bayaran itu bagi pihaknya. Dalam hal ini, usaha mesti dimulakan dengan membuat pencarian dan mengiklankan sedikit maklumat mengenai lokasi si pemberi hutang. Jika sesudah usaha itu dilakukan tetapi masih tidak berjaya, maklumkan pada waris supaya menyelesaikannya bagi pihak saudara jika berjumpa individu yang berhak. Sekurang-kurangnya dalam hal ini, ada juga niat baik untuk melangsaikan huta

Serangga seperti daun bukan sesuatu yang pelik

Image
Semalam saya terbaca berita di sinarharian.com.my yang memaparkan berita haiwan pelik seperti daun. Saya tidak pasti sama ada wartawan berita itu benar-benar berasa pelik melihat haiwan tersebut atau saja menarik perhatian para pengunjung agar lebih lama berada di laman online mereka. Bagi saya serangga yang serupa dengan daun bukanlah sesuatu yang pelik. Jika kita rajin masuk ke dalam hutan, kita akan melihat pelbagai jenis serangga yang tidak ada di kota raya. Itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ada banyak serangga yang mempunyai rupa yang sama. Mungkin pengertian perkataan pelik boleh membawa maksud yang berbeza. Cakap saja berasa hairan melihat serangga yang serupa dengan daun. Berikut adalah petikan berita yang saya perolehi di sinarharian. SETIU – Jika akhbar ini semalam menyiarkan seorang penoreh di Hulu Terengganu mendapat seekor ikan pelik masuk ke dalam bubunya, hari ini, seorang mekanik juga berhadapan senario sama apabila rumahnya tidak putus dikunjungi setelah di

Costa Concordia : Tragedi kapal persiaran Itali

Image
ROME: Enam maut pada awal pagi ini selepas kapal persiaran terkandas di perairan Itali dalam kejadian yang memaksa pengawal pantai menyelamatkan kira-kira 4,000 orang, lapor media. Kapal Costa Concordia sedang belayar mengelilingi Mediterranean apabila terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isla del Giglio, lewat semalam. Datuk bandar berkata, beliau bimbang jumlah kematian meningkat kerana sukar untuk menyelamatkan penumpang yang begitu ramai. Salah seorang penumpang yang maut berusia 70-an akibat serangan jantung kerana terkejut selepas melompat ke dalam air yang sejuk. Beberapa orang lain mengalami kecederaan, dua daripadanya serius. - AFP Update : 15.1.2012 PULAU GIGLIO (Itali): Anggota bomba menemui dua penumpang kapal persiaran mewah milik Itali yang masih hidup selepas melanggar batu dan terbalik di pesisir pulau Giglio. "Kami sudah berkomunikasi dengan mangsa yang terselamat, tetapi belum berjaya mengeluarkan mereka. Kira-kira 35 anggota pasukan penyelam