Dalam sejarah : Polis dalang pembunuhan di Tingkayu Gate?


Oleh: JAMES VALENTINO TANGGAR

PERISTIWA pembunuhan ini berlaku setelah genap tempoh satu tahun kumpulan samseng tersebut mendapat perlindungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah untuk menduduki dan merompak keseluruhan kawasan kebun Tingkayu serta melakukan kesalahan “Contempt Of Court”.

Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi;

“Adalah dengan ini Plaintif (Pekebun Kecil) diberi Injunksi untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 sehingga pembicaraan tindakan ini atau perintah lanjut oleh Mahkamah ini.”

AHLI kumpulan tersebut adalah 99% terdiri daripada PTI dan tidak memiliki sebarang dokumen yang sah. Mereka telah menghalang pekebun-pekebun kecil daripada memasuki kawasan kebun ini melalui berbagai cara kekerasan yang telah menyebabkan kecederaan kepada sejumlah besar pekebun kecil yang akhirnya nekad membunuh seorang ahli pekebun kecil.

Sebelum pembunuhan tersebut berlaku, pada 12 Februari 2009, sekumpulan 21 orang pekebun kecil berusia antara 20 hingga 70 tahun telah mengambil inisiatif untuk masuk serentak ke kebun mereka sebagai langkah keselamatan untuk tujuan mengambil buah di kebun masing-masing. Pekebun-pekebun juga telah memaklumkan kepada polis Kunak pada hari tersebut.

Setibanya di kawasan kebun, kumpulan samseng tersebut bertempiaran lari dan sempat membakar sebuah bangunan pejabat milik pekebun kecil di situ serta melepaskan beberapa das tembakan senapang patah ke arah kumpulan pekebun kecil.

Malang sekali, tidak lama kemudian ketua kumpulan tersebut iaitu Alimuddin Bin Ajay di lihat tiba daripada arah pekan Kunak dan membawa bersama lebihkurang 30 anggota polis dari balai polis Kunak.

ASP Tan Hiap Wah telah menangkap dan mendakwa kesemua 21 orang pekebun kecil tadi atas dakwaan merompak berkumpulan serta menceroboh kawasan kebun tersebut. Mereka dibebaskan setelah membayar ikat jamin RM5,000 setiap seorang kepada mahkamah Tawau.

Sebagai makluman, semenjak awal tahun 2008, lebih dari 100 laporan polis telah dibuat oleh pekebun-pekebun kecil di balai polis Kunak termasuklah laporan yang terpaksa dibuat di beberapa buah balai polis lain di Sabah dan di Semenanjung.

Perkara ini turut dibawa hingga ke peringkat menteri-menteri di Kuala Lumpur tetapi ASP Tan masih lagi bebas bertindak menyalahguna kuasa di balai polis daerah Kunak.

Kejadian terkini yang dilakukan oleh ASP Tan adalah menjadi Dalang kepada dua lagi kumpulan samseng yang kini sedang menguasai serta merompak kebun Tingkayu ini. Kumpulan pertama terdiri daripada lebih 20 orang PTI yang diketuai seorang lelaki bernama Chia Tsen Ngan@Alex Chia dan satu kumpulan lagi seramai lebihkurang 30 orang yang mendakwa dilantik oleh Defendan dalam kes tanah Tingkayu ini. Kumpulan ini diketuai oleh seorang lelaki Bugis bernama Abd Halik Bin Haji Muin.

Satu AJK keselamatan telah dibentuk oleh Pengerusi skim pekebun kecil Tingkayu pada 12 September 2009 untuk memantau keadaan khususnya aktiviti keluar masuk di kawasan kebun ini ekoran pencerobohan semula yang dilakukan oleh pihak Defendan.

Susulan satu kes kehilangan hampir 100 metrik tan buah kelapa sawit baru-baru ini dan setelah mendapat bukti-bukti “Paling Kukuh” daripada beberapa pusat Membeli Hasil Kelapa Sawit di sekitar daerah Kunak berhubung kejadian Mencuri Buah Kelapa Sawit Besar-Besaran milik Pekebun-Pekebun Kecil Tingkayu yang dilakukan oleh kumpulan Alex Chia, maka pada 30 Oktober 2009 satu laporan telah dibuat oleh pihak Ahli JawatanKuasa Keselamatan Skim Pekebun Kecil Tingkayu Kunak Kelapa Sawit di Balai Polis Kunak.

Malangnya, selepas laporan tersebut dibuat, ASP Tan yang kini semakin keterlaluan telah membuat ‘Tangkapan Besar-Besaran’ terhadap semua ahli AJK Keselamatan termasuklah Pengerusi Skim Pekebun-Pekebun Kecil Tingkayu, Kunak iait. Yadum Bin Atihal yang berumur hampir 70 tahun.

Selepas tangkapan dibuat, sebuah bangunan pejabat separuh konkrit yang digunakan oleh pihak Pekebun Kecil di dalam kawasan kebun telah hangus dibakar dan diketahui oleh semua pihak sebagai dilakukan oleh Kumpulan Alex Chia.

Ahli AJK Keselamatan yang ditangkap adalah seramai 10 orang dan terdiri daripada anak-anak tempatan Sabah. Mereka telah ‘Diseksa Dalam Tahanan Reman Selama Lebih Satu Bulan dan dihadapkan Ke Mahkamah Lahad Datu pada 11 Disember 2009 atas beberapa pertuduhan seperti 384 (Ugutan SMS), menceroboh dan sebagainya.

Mahkamah kemudian mengenakan syarat ikat jamin RM4,000.00 setiap seorang yang ‘Tidak Mampu Dibayar’ oleh para tahanan dan kini masih direman selanjutnya di penjara tawau.

ASP Tan juga telah menyiarkan gambar wajah seorang lagi ahli AJK di akhbar tempatan berbahasa Cina pada 22 Disember 2009 sebagai “Orang Dikehendaki”.

Ahli AJK yang dikehendaki ini sebenarnya diketahui menyimpan bukti rakaman perbualan berhubung sejumlah wang suapan yang telah diterima oleh ASP Tan daripada ketua kumpulan samseng iaitu Abd Halik.

Perkembangan ini telahpun dimakumkan kepada pihak SPRM dan kini masih dalam siasatan.

Penyiaran perkara yang sedang berlaku di balai polis Kunak ini adalah kerana tujuan mendapatkan perhatian pihak kerajaan khususnya Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Musa Aman dan YAB. Perdana Menteri Malaysia bagi mengelak kejadian pembunuhan pekebun kecil berulang lagi.

Disertakan bersama ini lampiran-lampiran laporan polis yang telah dibuat sebelum ini serta dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan rakyat Sabah.

No Report : KNK/RPT/2772/2009

Nama Pengadu : JEFFEREY BIN JINOR No K.P : 750511-12-5669

ISI LAPORAN POLIS

Pada 30 Oktober 2009 jam lebih kurang 01:30 petang saya dan dua orang rakan sekerja saya yang bernama Kadir bin Salman dan Nasir bin Anifah telah diarahkan oleh majikan kami untuk memeriksa laporan pengeluaran dan penghantaran buah sawit yang telah dikeluarkan dari kebun Tingkayu milik.Pang Fook Ngee oleh kontraktor yang telah diamanahkan oleh pemiik kebun sendiri dan pihak kami. Dari pemeriksaan yang telah dibuat di beberapa kilang membeli buah kami dapati sebahagian besar dari hasil pengeluaran buah sawit untuk bulan Oktober telah dihantar /dijual ke kilang-kilang yang tidak berkaitan dan dimasukkan ke beberepa penama akaun yang tidak diiktiraf oleh pemilik sebenar. Berikut adalah senarai penghantaran yang diiktiraf dan tidak diiktiraf dari pihak pemilik sendiri untuk rujukan Pihak Berkuasa Polis Kunak :

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain