Posts

Showing posts from November, 2011

Dakwaan murtad kerana Injil tenaga solar hina Islam

Image
Minda : Dr Mohd Asri Zainul Abidin Kenyataan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’ sebagai menghina, kata bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. “Saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang 'the power of reading the Bible' seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak. “Bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi. Hari ini segala bacaan samada al-Quran ataupun Bible boleh di dapati di internet. Pelbagai peralatan, samada komputer ataupun selainnya boleh melakukan 'download' semua bacaan ini. “Tidak perlu untuk bersembunyi me

Kerajaan BN biarkan sekolah di Sabah dan Sarawak usang

Image
Ahli politik digesa turun padang melihat sendiri keadaan sekolah di Sabah dan Sarawak yang sangat usang terutama sekali di kawasan pedalaman. Sekolah tertentu tidak sesuai sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Malahan kambing yang diternak menggunakan sekolah tersebut belum tentu hidup selesa. Bukan kerana terkurung tetapi keadaan bangunan yang bumbungnya bocor,lantai bocor dan tidak berdinding dengan sempurna. Kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman memerlukan pembaikan segera daripada pihak pemerintah sekarang yang diterajui Barisan Nasional. Mungkin ada pembaca yang kurang setuju dengan ulasan ini tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Menteri pendidikan perlu menjejakkan kakinya sendiri ke kawasan pedalaman dan melihat sendiri keadaan sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak. Menteri pendidikan seharusnya tidak meninjau keadaan sekolah dari jauh atau lebih tepat laporan daripada pegawai tertentu  yang boleh dikatakan tidak jujur. Kalau di semenanjing boleh

Ibrahim Ali pengecut

Image
Apakah Perkasa ingat wang yang digunakan untuk mendirikan sekolah kebangsaan hasil titik peluh dikalangan orang islam sahaja? Bagaimana dengan sekolah mubaligh yang mempunyai guru dan murid yang beragama islam? Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini menafikan pihaknya mendesak supaya mengharamkan guru-guru beragama Kristian daripada mengajar di sekolah-sekolah di negara ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mendakwa beberapa pihak yang tidak dinamakannya cuba mereka cerita dan menyebarkannya atas nama PERKASA. Ibrahim Ali sudah nyanyuk? Ibrahim Ali mencelah pertanyaan Bumburing, semasa soalannya, meminta kementerian pelajaran supaya menjelaskan pendirian berhubung desakan PERKASA yang didakwa menuntut supaya guru Kristian dilarang mengajar di sekolah-sekolah kerajaan. Bumburing yang juga timbalan presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (Upko) berkata beliau terpaksa menimbulkan soalan itu keraan guru-guru bimbang dengan desakan PERKASA itu dan memintanya

33 pelajar angkat sumpah jadi Gengster Melayu

Image
Sekumpulan 180 individu termasuk 39 pelajar sekolah ditahan ketika mereka sedang mengadakan upacara angkat sumpah kesetiaan bagi menyertai sebuah pertubuhan ala kongsi gelap di sebuah resort di Teluk Batik di sini kelmarin. Semasa serbuan pada pukul 9 malam itu, semua ahli kumpulan yang bernaung di bawah nama Genki Seven Malaysia (Generasi Kini Tujuh Malaysia) termasuk tujuh wanita yang berusia 13 hingga 30-an itu berada di dalam sebuah dewan yang ditempah khas di resort berkenaan. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan (gambar kecil) berkata, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu melakukan serbuan di resort tersebut. “Semasa serbuan dilakukan, mereka sedang membaca ikrar dipercayai berkaitan dengan kegiatan ala kongsi gelap. “Kumpulan berkenaan dipercayai mendaftar masuk ke resort itu pada petang semalam (kelmarin) dengan berselindung di sebalik program hari keluarga,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Difahamkan,

Tragedi 11.11.11

Image
Empat termasuk dua murid maut, tujuh parah; Bas rombongan terbalik sebelum dirempuh treler pasir SLIM RIVER: Ketika ramai memilih 11.11.11 sebagai hari istimewa semalam, 36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah, sebaliknya melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler ketika kebanyakan mangsa merangkak untuk menyelamatkan diri, menyebabkan empat orang terkorban. Dalam kemalangan jam 4.30 pagi di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat sini, dua rakan mereka Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, masing-masing 15 tahun, mati di tempat kejadian dengan mayat Maysarra dikesan hampir tujuh jam kemudian dalam longkang di bawah timbunan pasir dari treler yang jatuh bertaburan. Pelajar yang memperoleh 8A ujian percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu pada mulanya dilaporkan hilang selepas usaha mengesannya di lokasi kejadian dan hospital sebelum itu gagal. Guru mereka, Siti

Dalam sejarah : Kisah Tragis di TingKayu, Kunak

Image
Kini 2008-2010 Tingkayu, Kunak, Sabah ulangan Memali, walaupun 1985 mencatat peristiwa hitam dalam sejarah PDRM? * gambar- tahanan lokap terdiri warga tempatan yang dianggap penjenayah sedangkan.. ------------------------------------------------------------------------------------------ YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. SEJAJAR dengan Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Datuk Seri untuk menjurutera dan memperkasa semula negara ini yang dibina mengikut acuan pemimpin yang rasuah sebelum ini, selaku rakyat Malaysia yang bertindak menurut undang-undang Negara, saya menulis surat terbuka ini untuk perhatian YAB Datuk Seri. Saya harap, YAB Datuk Seri dapat memberi wajah baru kepada Polis Di Raja Malaysia yang kini telah dibuktikan secara mutlak bahawa ‘Polis Memang Raja di Malaysia?’ Salahguna kuasa, rasuah dan jenayah adalah tiga elemen yang membuatkan Polis Kunak mengulangi sejarah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang. Sebelum lebih parah, saya moh

Dalam sejarah : Polis dalang pembunuhan di Tingkayu Gate?

Image
Oleh: JAMES VALENTINO TANGGAR PERISTIWA pembunuhan ini berlaku setelah genap tempoh satu tahun kumpulan samseng tersebut mendapat perlindungan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kunak, ASP Tan Hiap Wah untuk menduduki dan merompak keseluruhan kawasan kebun Tingkayu serta melakukan kesalahan “Contempt Of Court”. Dalam pada itu, Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Clement Skinner telah meluluskan Injunksi bagi Kes T (21) 4 Tahun 2008 pada 1 Februari 2008 yang berbunyi; “Adalah dengan ini Plaintif (Pekebun Kecil) diberi Injunksi untuk mencegah Defendan Pertama (Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad) sama ada bagi pihak mereka sendiri, kakitangan, pekerja atau agen atau sesiapa sahaja daripada menghalang Plaintif memasuki atau keluar daripada tanah tersebut dan menuai tanaman mereka di situ dan atau Defendan Pertama daripada meminta, mengambil atau menerima milikan kosong tanah tersebut yang kononnya diberi kepada Defendan Pertama di bawah geran CL 245361951 s

Dalam sejarah : PATI rampas tanah pekebun kecil di Tingkayu Kunak Sabah

Image
Oleh: MUTALIB M.D KEMENANGAN Merityield Sdn.Bhd di atas pertikaian hak milik tanah ke atas Double House Marketing Sdn.Bhd membuka dimensi baru berhubung isu Tingkayu Gate yang selama ini menjadi medan pertembungan dan perebutan antara Syarikat Kerjasama Perkembangan Tanah Tingkayu Berhad (SKPTTB) dan 171 Pekebun kecil yang mendapat Injunksi Mahkamah sejak 1 Februari 2008. PANEL lima hakim, diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, pada 21 Januari 2010 yang memutuskan bahawa hak milik pembeli tanah kini boleh disangkal jika terbukti wujud unsur-unsur penipuan dalam urusan pemindahan kepada pihak lain meskipun harta itu dibeli atas niat baik tentunya membuka satu lembaran baru dalam perkembangan undang-undang diMalaysia. Keputusan itu sekaligus juga membuka cabaran baru dan harapan baru kepada pihak pembeli tanah yang berjaya memperolehi tanah melalui proses penipuan dan kepada pihak pemilik tanah yang menjadi mangsa mereka. Bagaimanapun kemenangan Merityield Sdn

Pesawat misteri terhempas di China

Sebuah pesawat yang tidak dikenali telah terhempas dan meletup di timur China, menurut lapor media tempatan, hari ini. Bagaimanapun, nahas itu diselubungi misteri dan jumlah mangsa yang cedera masih tidak diketahui. Ini adalah kerana kerajaan China tidak mengetahui asal usul pesawat tersebut, namun dipercayaai bukan alien. Radia Kebangsaan China, berkata nahas itu berlaku di wilayah Zhejiang berdekatan bandar Lishui petang Isnin (waktu tempatan) di tengah-tengah kabus tebal. Sementara itu, Berita Beijing yang memetik penduduk tempatan, berkata kelihatan objek seperti pesawat terhempas di puncak bukit itu sebelum meletup. Pihak berkuasa negara itu yang berada di tempat kejadian, berkata pesawat itu bukan milik orang awam. Sehubungan itu, majalah Caixin Century, membuat spekulasi bahawa pesawat itu mungkin milik tentera, yang mana milik persendirian atau bagi tujuan kegunaan dalam bidang pertanian.

Apa salah dilahirkan sebagai anak perempuan?

Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan. Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion. Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan. Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews. “Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya. Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan. “Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahirkan anak pere