Cara merawat penyakit gout

Saya tidak perlu terangkan apa itu penyakit gout dan bagaimana rupa bentuk gout itu. Jika anda tanya kepada saya, saya pun tak boleh jawab sebab saya bukan doktor. Walau bagaimanapun saya sendiri pernah melihat pesakit yang menderita kerana gout.

Anda berkunjung ke blog ini pun kerana anda adalah salah seorang penderita penyakit gout atau keluarga anda menghidap penyakit gout.

Disini saya ada petua bagaimana merawat penyakit gout. Walau bagaimanapun saya tidak bertanggung jawab jika sekiranya anda mengamalkan petua ini. Sebarang implikasi kerana mengamalkan petua ini adalah tenggungjawab sendiri. Saya cuma maklumkan sudah 4 orang yang melakukan petua ini dan semuanya mempunyai testimoni yang sangat positip.

Petuanya macam ni ye;

1. Ambil buah betik yang masih hijau atau sederhana muda. Potong bahagian atas tapi bahagian yang dipotong jangan di buang ya. Jangan buang biji betik.

2. Dapatkan tea. Tidak kira apa jenama tea asalkan ia memang daun tea. Tea 3 dalam satu tidak boleh di pakai. Masukkan tea ke dalam betik yang dipotong tadi.

3. Jarang air sehingga mendidih. Ok, air sudah mendidih, tuangkan ke dalam buah betik macam tuang air panas ke dalam gelas semasa buat kopi-o. Jangan risau, tak ada pantang larang. Selepas tuangkan air dalam buah betik, tutup semula betik dengan bahagian yang di potong tadi. Tunggu sehingga suam atau rasa-rasa boleh diminum.

Pesanan : Ia agak pahit tetapi jika ia sesuai untuk anda, ia boleh mengurangkan kesakitan gout anda dalam sejam.

AMARAN : Saya tidak bertanggung jawab jika ada kesan sampingan [ buruk] walaupun semua bahan yang disediakan bukan beracun jadi apa salah mencuba.

Permintaan : Jika ia berkesan sila tinggalkan komen.

Selamat mencuba petua turun temurun keluarga saya.

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian armouris. Semoga penderita gout mendapat lebih maklumat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain