Bayi dicampak dari tingkat lima

Orang politik khususnya orang UMNO dengan bangganya menjulang video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Tidak cukup dengan menceritakan kisah video seks tu wahai pembaca, orang UMNO dikatakan mengedar CD dimana orang PKR berhimpun. Tak kisah siapa terima,kanak-kanak yang ikut bapak dengar ceramah, pelajar,atau remaja. Huhh dahsyatnya budaya politik kotor Malaysia. Saya sebut UMNO saja sebab kompenen BN lain senyap je pasal video ni.

Malam semalam, dengan bangganya rakyat Malaysia mendengar cerita bayi dihumban dari tingkat lima sehingga berkecai. Mungkin TV3 pun tidak ketinggalan menyiarkan berita sensasi ni. Tak tengok berita TV3 semalam dan memang dah lama dah tak tengok sebab TV3 sangat lucah. Tunggu isu video seks selesai baru tengok berita.Takut  TV3 mempengaruhi anak saya pula...palis-palis kata orang Sabah.

Semua orang mungkin mengutuk peristiwa ini kecuali si pelaku. Bila sudah terjadi baru kutuk sana sini. Orang edar video lucah Anwar Ibrahim semua orang sokong pula kecuali Pakatan dan diri saya sendiri. Saya bukan Pakatan yoooo. Saya masih mengamalkan budaya ketimuran tetapi sedikit terhakis kerana terpengaruh dengan budaya TV Malaysia. Mengutukkkk la tuu..

Baca berita

KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu.
Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan.

Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.
“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku.
“Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain