Batu-batuan pelik

Fosil kulit telur dinosaur 65 juta tahun, batu kalimah Allah dipamerkan di Muzium Semula Jadi

KITA lazimnya hanya dapat membayangkan kemunculan meteor di langit atau melihat foto kulit telur haiwan Zaman Batu, dinosaur. Begitu jugalah pelbagai batuan unik dari luar negara, yang mungkin sekadar didekati menerusi carian di internet.
Namun, batu meteor yang sukar dilihat, fosil kulit telur dinosaur berusia kira-kira 65 juta tahun dibawa khas dari China serta batu yang tertera lakaran Allah itu mampu disaksikan menerusi pameran batu-batuan pelik di Muzium Alam Semula Jadi, Precint 15, Putrajaya, selama sebulan yang berakhir 16 Januari ini.

Himpunan 100 batuan pelik lain dari angkasa serta perut bumi, termasuk yang tertera lakaran kalimah Allah itu serta koleksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Galeria Perdana di Langkawi yang merangkumi arca ukiran muka badut pada kepingan batu pasir, arca manusia pada batu volkanik, azurit dan gipsum, juga dapat disaksikan di pameran berkenaan.

Koleksi lain, artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat genggam dipercayai berusia lebih 1.8 juta tahun yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak; batu batikam dan batu baling yang membawa bersamanya sejarah silam adat Temenggong dan Perpatih. Begitu juga batu yang menyerupai kayu, lengkap dengan susunan lapisan yang memberi keunikan.

Tidak hairanlah sewaktu tinjauan penulis baru-baru ini, ramai pengunjung yang mengambil kesempatan melihat koleksi batuan pelik berkenaan.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Ibrahim Ismail berkata, batu dan fosil dipamerkan termasuk yang dibawa khas dari Russia, China dan Afrika Selatan yang turut ada nilai tinggi dari sudut perubatan alternatif.
“Kita harap pameran unik ini mampu dijadikan tarikan pelancong ke Putrajaya.

“Selain melihat pelbagai koleksi dipamerkan, khidmat penerangan percuma turut disediakan kepada pengunjung yang ingin mengetahui lebih mendalam perihal kandungan batu-batuan pada aksesori mereka seperti cincin, rantai dan gelang,” katanya.

Bayaran masuk ke pameran itu adalah RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan muzium dibuka dari jam 9 pagi - 5 petang, termasuk Sabtu, Ahad.

Menyelami keunikan meteor, ia objek semula jadi dari angkasa lepas yang melepasi atmosfera bumi. Ia merangkumi asteroid dan komet namun ada yang turut membabitkan ketulan bulan atau Marikh yang terbebas di angkasa akibat proses pelanggaran. Ketika pergerakan di ruang angkasa, objek berkenaan dikenali sebagai meteoroid manakala pancaran cahaya yang dihasilkan sewaktu melalui atmosfera bumi dipanggil meteor.

Jenis meteorit terbahagi tiga iaitu paling banyak, meteorit berbatu yang sebahagian besarnya mengandungi mineral silikat seperti olovine, piroksen dan feldspar, meteorit besi dengan keseluruhannya besi dan sejumlah nikel manakala paling luar biasa, meteorit berbatu besi memuatkan campuran bahan batu dan logam. Pelbagai bukti sains menyokong teori meteorit adalah serpihan daripada objek batuan yang berlaga sesama sendiri sewaktu mengorbit matahari dalam lingkungan jalur asteroid yang berada di antara Marikh dan Musytari. Objek batuan berkenaan terbentuk dari awan gas serta debu purbakala ketika evolusi awal sistem suria kira-kira 4.5 ribu juta tahun lalu.

Keajaiban fenomena meteor dan batuan pelik berasal dari angkasa serta perut bumi ini bagaimanapun dapat disaksikan menerusi pameran batu-batuan pelik di Muzium Alam Semulajadi, Precint 15, Putrajaya selama yang berlangsung selama sebulan iaitu bermula 16 Disember dan berakhir 16 Januari depan.

Selain meteor, pelbagai fosil kayu terpetri turut memikat pengunjung dengan keunikan strukturnya. Namun, bagi penghasilannya, kayu berkenaan dipercayai dilitupi bahan seperti abu serta lumpur gunung berapi, endapan dalam tasik serta belukar selain segala macam bahan yang dihanyutkan banjir besar. Begitupun, bahan berkenaan berciri bebas oksigen yang diketahui punca utama pereputan berlaku.

Koleksi batuan itu turut merangkumi batu permata yang digilai zaman-berzaman. Pada pada zaman purba misalnya, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri dari sebarang kuasa sihir serta gangguan syaitan, memelihara kesihatan iaitu menjauhkan diri dari wabak penyakit, menunjukkan status dan kedudukan di mata masyarakat selain dikaitkan dengan zodiak dan ilmu astrologi.

Namun kini, batu berkenaan masih lagi digunakan untuk tujuan perubatan alternatif dengan diletakkan di mana-mana bahagian tubuh yang sakit, ditumbuk halus menjadi serbuk lalu dimakan selain memadai dengan kehadiran batu itu saja buat menyembuhkan penyakit.BHARIAN

Comments

Popular posts from this blog

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Kisah usahawan cili dari Tawau

Isteri durjana buat seks dengan lelaki lain