Posts

Showing posts from February, 2011

Batu-batuan pelik

Image
Fosil kulit telur dinosaur 65 juta tahun, batu kalimah Allah dipamerkan di Muzium Semula Jadi KITA lazimnya hanya dapat membayangkan kemunculan meteor di langit atau melihat foto kulit telur haiwan Zaman Batu, dinosaur. Begitu jugalah pelbagai batuan unik dari luar negara, yang mungkin sekadar didekati menerusi carian di internet. Namun, batu meteor yang sukar dilihat, fosil kulit telur dinosaur berusia kira-kira 65 juta tahun dibawa khas dari China serta batu yang tertera lakaran Allah itu mampu disaksikan menerusi pameran batu-batuan pelik di Muzium Alam Semula Jadi, Precint 15, Putrajaya, selama sebulan yang berakhir 16 Januari ini. Himpunan 100 batuan pelik lain dari angkasa serta perut bumi, termasuk yang tertera lakaran kalimah Allah itu serta koleksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Galeria Perdana di Langkawi yang merangkumi arca ukiran muka badut pada kepingan batu pasir, arca manusia pada batu volkanik, azurit dan gipsum, juga dapat disaksikan di

Menara kubur di Mumbai India

Image
Pencakar langit Mumbai papar konsep pusara menegak, pelbagai agama bawah satu bumbung TANAH perkuburan Islam, Hindu dan Kristian di satu tempat? Ia mungkin tidak terjangkau dengan akal fikiran tetapi dengan wujudnya Menara Moksha di tengah bandar raya Mumbai, India, membuktikan apa saja boleh dibuat atas nama ‘keperluan semasa’ biarpun pasti mengundang kontroversi. Lebih pelik, kawasan perkuburan yang lazimnya dibina secara melebar, sebaliknya menjadi menegak atau vertikal menerusi idea pembinaan konsep Menara Moksha ini. Biarpun diulit kontroversi, rancangan mewujudkan Menara Moksha yang turut digelar Pusara Menegak ini dibuat atas alasan masalah kesesakan penduduk yang amat ketara di bandar raya itu yang menyebabkan tiada lagi ruang untuk yang hidup, apatah lagi yang sudah mati. Jika dilihat, projek itu bukanlah yang pertama di dunia kerana bangunan setinggi 13 tingkat di atas bukit di Santos, Brazil, sudah pun mempunyai penghuni kakunya manakala seorang arkitek Korea Selatan

Asteroid Pemusnah bumi?

Image
Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029 JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu. Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’ Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi? Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apop

Hebat Pak Bangla sehingga isteri sanggup berlaku curang

Seorang isteri beranak tiga bukan saja menipu suaminya, malah sanggup datang dari Sungai Buloh, Selangor semata-mata untuk memadu asmara dengan kekasihnya seorang warga Bangladesh berusia 31 tahun di sini, kelmarin. Wanita berusia 45 tahun itu menipu suaminya seorang pesara polis untuk pergi ke Pendang, Kedah bagi menghadiri kursus penyediaan mi segera bagaimanapun turun di hentian bas Kulim sebelum dijemput kekasihnya dan dibawa ke rumah kongsi di Sungai Ular. Menurut wanita itu, suaminya sendiri menghantarnya ke hentian bas di Selangor untuk ke Pendang tanpa mengesyaki niat sebenar wanita itu yang ingin bertemu kekasihnya di sebuah rumah kongsi. Ketua Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, mereka mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran seorang wanita Melayu ke kawasan rumah kongsi yang didiami sekumpulan lelaki warga Bangladesh. “Bertindak dari maklumat itu, penguat kuasa PADK datang ke rumah kongsi di Sungai Ular kir

Artis pujaan Negeri Melaka yang Macho..

Image
Sudah ada blog yang mengulasnya. Saya petik sedikit, "Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerahkan gelaran "Datuk" kepada beliau sebelum ini dan mengapakah ini balasan yang diberikan. Hanya memakai "Singlet" ketika bersalaman dengan Yang Dipertua Negeri Melaka itu. Perbuatan ini sesungguhnya adalah satu penghinaan yang tidak sewajarnya berlaku kepada seorang pemimpin Melayu. Bayangkan jika gambar ini dipaparkan pada media di negara India dan senatero dunia. Maka, sudah pastilah imej dan maruah negara kita akan tercemar. Apa akan berlaku jika rakyat kita sendiri berpakaian seperti itu ketika mengadap pemimpin negara?. Sudah pasti mereka akan dihalau dan dilarang untuk berbuat demikian. Tetapi kenapa Shah Rukh Khan dibenarkan?"- Pahang Daily P/s: Saya masih mencari ilham, apakah sumbangan manusia ini kepada Malaysia!Mungkin dengan Melaka kot.. Kredit : duniacacamarba.blogspot.com

Gigitan cinta boleh menyebabkan sakit jantung

Image
Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan. Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.

Dari Facebook ke Atas Katil Asmara

Image
INSOLVENSI Angkara laman sosial facebook, seorang suami terpaksa berdepan kecurangan isterinya yang menjalin hubungan cinta dengan bekas teman lelakinya sejak lima bulan lalu. Malah, lelaki berkenaan mendakwa hubungan isterinya bersama ‘kekasih gelap’ berkenaan bukan saja setakat melalui laman sosial terbabit, tetapi dibawa hingga ke bilik hotel. Menurutnya, isterinya bukan saja mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya serta dua anak berusia 10 dan 13 tahun, tetapi sudah pandai bergaya. Suami berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Osman, 48, berkata, meskipun bekerja sebagai kerani, isterinya berubah menjadi lebih pandai bergaya sekali gus menimbulkan kesangsian kepadanya. Bukan itu saja katanya, isterinya berusia 30-an sanggup menghabiskan masa beberapa jam melayari laman sosial sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. “Semuanya terbongkar selepas saya berjaya melayari facebook isteri dan terkejut mendapati pelbagai ayat cinta dalam laman so

Profesor Kangkung

Penulis : Dr Rajiee Hadi Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia Pada mulanya penulis bersangka baik mengenai istilah Profesor Kangkung yang mula dilabelkan dahulu oleh mantan Naib Canselor, Universiti Malaya, Profesor DiRaja Ungku A Aziz. Penulis menyangkakan tentulah dalam perebutan pangkat dan gelaran di IPTA tentulah ada 'yang memijak, yang dipijak dan yang terpijak'. Adat dunia, fitrah manusia selagi ada seketul hati hitam dalam diri manusia yang tidak beriman dan penuh nafsu-nafsi maka wujudlah fenomena hasad dengki, iri hati dan tindas menindas. Walaupun penulis diberitahu seorang teman namun kerana gerak hati penulis maka penulis memperoleh pengalaman sebenar yang disaksikan sendiri. Kisahnya bermula pada suatu majlis ilmu di sebuah dewan bertaraf balai raya kampung. Kebetulan para pesertanya boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik. Muncul seorang sarjana yang kononnya berasa beliau seorang profesor hebat punya PhD dari luar