Posts

Showing posts from July, 2010

Kopi luwak cetus kontroversi

JAKARTA: Dua daripada organisasi Islam utama Indonesia akan bertemu untuk memutuskan sama ada atau tidak perlu dikeluarkan satu fatwa mengharamkan kopi luwak, biji kopi terkenal dan mahal yang melalui penghadaman musang kecil sebelum ia diambil dan dipanggang. Ma’aruf Amin, pengerusi Majlis Ulama Indonesia (MUI), berkata ia akan bertemu dengan Nahdlatul Ulama, organisasi terbesar Islam Indonesia, malam ini bagi membincangkan satu larangan ke atas industri berkembang itu. “Satu fatwa diharapkan dapat menamatkan kebimbangan meningkat mengenai kopi luwak,” kata Ma’aruf. Click Here Kopi Luwak dimakan musang kecil dan dikeluarkan dalam najisnya sebelum dipanggang. Mendapat pujian kerana rasanya, kopi luwak terkenal sebagai kopi paling mahal di dunia, dengan harga AS$600 sekilogram (RM1,935.64) jika dibeli dari kedai online. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pernah memberi hadiah kopi luwak kepada Menteri Australia ketika itu Kevin Rudd ketika kunjungan rasminya Mac lalu. Pemberian i

Nurul Gersang pasang jerat di Facebook

KEPALA BATAS: Seorang gadis yang menamakan dirinya ‘Nurul Gersang’, dikesan menggunakan Facebook bagi menawarkan diri untuk menjadi teman tidur sebagai helah untuk menjerat mangsa. Gadis berusia 20-an itu memuatkan nombor telefon dalam laman sosial terbabit serta mempamerkan gambar seksi bagi menawan mangsa. Apabila ada individu menghubunginya, dia akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat bertemu. Click Here Bagaimanapun, gadis berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan tiba, walaupun wang sudah dimasukkan ke dalam akaunnya. Seorang peniaga yang cuba ‘menjerat’ gadis itu, Azahar Omar, 32, mendakwa dia melihat maklumat peribadi gadis itu dalam Facebook pada 10 Julai lalu yang menggunakan nama ‘Nurul Gersang’. “Saya menghubungi gadis berkenaan pada 16 Julai lalu dan dia menawarkan diri menjadi teman tidur sebelum kami berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). “Dia m