Posts

Showing posts from June, 2010

Ayat-ayat penggoda

Dipetik Dari Berita Harian Online. Website berkaitan Maskahwin MAJORITI lelaki mungkin mempunyai pengalaman tersendiri setiap kali cuba memikat atau dalam bahasa pasar, ‘mengayat’ si gadis. Sesetengah lelaki memang mahir dalam menyusun kata-kata untuk memikat wanita. Namun, ada juga yang yang tidak bernasib baik, sering saja ayat pikat memikat atau pick up lines yang digunakan tidak menjadi. Lebih malang lagi, ada antara ayat memikat yang dipilih itu membuatkan wanita terus lari atau menjauhkan diri. Dalam usaha meraih perhatian wanita, lelaki terpaksa melakukan pelbagai perkara yang boleh membuatkan si dia suka atau jatuh hati kepada mereka. Komunikasi tentunya menjadi langkah pertama untuk lelaki memulakan perkenalan atau menyatakan isi hati mereka kepada wanita. Untuk berkenalan atau menyampaikan isi hati pula, mereka perlu memilih ayat yang sesuai supaya wanita yang disasarkan memahami mesej yang cuba disampaikan. Kata orang, tanggapan pertama adalah persepsi yang akan kekal