Posts

Showing posts from January, 2010

Jiwa penataan Jepun

Image
Ketengah unsur alam, hiasan ringkas selain perabot pelbagai fungsi GAYA penataan tradisi Jepun mengilhamkan suasana kediaman serba damai yang diterjemahkan menerusi hiasan dalaman serba ringkas selain warna alam. Dan, kalaupun warna terang dan dramatik digunakan, elemen berkenaan sekadar sisipan bagi menghindari persekitaran suram. Warna hitam, misalnya dianggap membawa aura negatif kepada gaya penataan Inggeris walaupun ia sebaliknya mendapat tempat istimewa di kediaman berciri Oriental seperti Jepun. Namun, warna gelap ini diusulkan bersama putih serta krim. Usaha menghidupkan gaya semula jadi pula ditentukan menerusi pemilihan warna monokrom yang diwujudkan tona gelap kayu padu, buluh, konkrit dan batu kerikil. Andai ingin menyelami penataan hiasan dalaman Jepun, bolehlah menjengah ke Hidakagu Interior (HI) yang terletak di pusat beli-belah The Curves, Mutiara Damansara di Selangor. “Kelengkapan rumah Jepun menitikberatkan keaslian rupa. Sebab itu, jika diteliti, kebanyaka

Manfaat berjalan kaki

Image
Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos. Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu: # Berat badan stabil Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori

Anak berdengkur semasa tidur perlu diberi perhatian

Image
Oleh Dr. Syed Nazri Syed Kadir DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah. DENGKURAN kanak-kanak mungkin kedengaran ‘comel’ atau lucu tetapi tabiat berdengkur di kalangan kanak-kanak boleh menyumbang kepada pelbagai masalah daripada kencing malam kepada kelembapan belajar di dalam bilik darjah. Memang ramai kanak-kanak berdengkur yang membabitkan antara tiga hingga 12 peratus kanak-kanak prasekolah. Walaupun berdengkur, tetapi secara umumnya kebanyakan kanak-kanak ini sihat dan tidak mengalami gejala lain. Kajian menunjukkan masalah berdengkur membabitkan 11 hingga 12 peratus kanak-kanak di seluruh dunia berumur antara satu hingga sembilan tahun. Kanak-kanak berdengkur sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dan bunyinya cukup kuat untuk disedari ibu bapa. Namun dianggarkan dua peratus daripada kanak-

Adi Putra menggunakan kepintarannya untuk menipu ?

Image
Kuala Lumpur : Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam. Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra. Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran. Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol. Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekana

Elak perasaan marah selamatkan jantung

Image
APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau? APAKAH reaksi anda jika pemandu di depan mengambil masa lama untuk menggerakkan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar ke hijau? Apa pula perasaan anda apabila selepas lama beratur, tiba-tiba seseorang memintas barisan dan berdiri betul-betul di depan anda? Adakah anda menjadi marah atau boleh mengawal perasaan? Kemarahan ialah satu ekspresi perasaan yang ekstrem mengenai sesuatu yang anda tidak suka. Mempunyai perasaan marah bukan perkara buruk kerana ia menunjukkan kita manusia normal. Malah, ada pakar berpendapat kemarahan pada peringkat rendah atau sederhana tidak menjadi masalah kerana dalam keadaan tertentu ia boleh memberi kesan positif kepada kita. Contohnya apabila kita dapat memberitahu seseorang bahawa kita marah kepadanya secara tidak langsung boleh menenangkan fikiran kita. Bagaimanapun, perasaan sangat marah boleh memberi kesan negatif terha

Dengkur petanda sakit kronik

Image
Oleh Hafizah Iszahanid Penghidap gangguan tidur Obstructive Sleep Apnea berisiko serangan jantung, strok RAMAI beranggapan dengkur hanyalah gangguan tidur yang jika memudaratkan dan sekadar menjejaskan tidur pasangan. Tidak kurang yang memandang ringan dengan menganggap masalah dengkur itu berlaku akibat getaran tisu di atas laluan pernafasan. Bagaimanapun, dengkur bukan lagi masalah biasa, sebaliknya serius apabila anda berhenti bernafas selama 10 saat atau lebih setiap kali berdengkur. Keadaan itu dikenali gangguan tidur (Obstructive Sleep Apnea - OSA). Sejauh manakah serius atau kroniknya masalah ini? Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suo Kuan, berkata OSA ialah masalah kesihatan yang kronik. Ia menyebabkan seseorang itu berhenti bernafas dalam tidur secara berulang kali iaitu antara lima hingga 30 kali atau lebih dari sejam. "Setiap kali selepas pernafasan terhenti, pesakit akan cuba kembali bernafas. Cubaan itu menghasilkan bunyi ya

Cancer Update from Johns Hopkins

Image
1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size. 2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime. 3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors. 4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors. 5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system. 6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cel

Bahaya merokok - mengapa anda harus berhenti merokok

Image
Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak. Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik. Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat - yang mencacatkan kemanisan senyuman! Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok.

Menderita kerana rokok

Image
Berfikir sebelum mengambil keputusan untuk menghisap rokok. Gambar di bawah adalah salah satu kesan yang dihadapi oleh perokok terutama sekali perokok berkarat. Setakat melihat gambar sahaja tidak memberikan keinsafan kepada perokok. Apabila terjadi kepada diri sendiri, menyesalpun sudah tidak berguna. Saya percaya dalam kedaaan si perokok seperti gambar di bawah, ia sudah dijauhi oleh keluarga. Sebelum terjadi kepada diri sendiri, fikirkan sekali lagi sama ada terus merokok atau mengambil keputusan berhenti demi untuk keluarga terseyang.